Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hari Keharmonian Kaum:Ahli-ahli politik sertai pelajar dalam pelbagai kegiatan

Singapura hari ini menyambut Hari Keharmonian Kaum. Sempena hari khas itu beberapa ahli politik menyertai para pelajar dalam pelbagai kegiatan memupuk keharmonian kaum.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jul 2017 09:15PM Dikemas Kini : 21 Jul 2017 09:26PM

SINGAPURA: Singapura hari ini menyambut Hari Keharmonian Kaum. Sempena hari khas itu beberapa ahli politik menyertai para pelajar dalam pelbagai kegiatan memupuk keharmonian kaum.

Di Sekolah Menengah Anderson, Menteri Negara Kanan Pendidikan, Dr Janil Puthucheary, serta para pelajar menonton drama interaktif mengenai majlis perkahwinan tradisional Melayu.

Beliau juga mengambil bahagian dalam satu sesi tentang bagaimana generasi perintis membantu membina negara dan mengadakan sesi dialog dengan para pelajar mengenai cara untuk menggalak keharmonian kaum.

"Warga muda banyak bertanya tentang soalan-soalan mencabar dan semua topik yang ditanya adalah relevan dengan isu-isu mengenai bagaimana kita telah menentukan keharmonian kaum dan identiti negara.

"Ia menunjukkan dengan jelas bahawa mereka memikirkan perkara itu, mereka mahu perkara menjadi lebih baik lagi," Dr Janil Puthucheary. 

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan