Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga rumah privet susut 0.4% pada suku pertama; kejatuhan 14 suku berturut-turut

Harga rumah privet di Singapura jatuh pada suku pertama tahun ini, kemerosotan 14 suku berturut-turut, menurut data yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Jumaat (28 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga rumah privet susut 0.4% pada suku pertama; kejatuhan 14 suku berturut-turut

Bakal pembeli di bilik pameran kondominium. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 28 Apr 2017 11:25AM Dikemas Kini : 28 Apr 2017 11:27AM

SINGAPURA: Harga rumah privet di Singapura jatuh pada suku pertama tahun ini, kemerosotan 14 suku berturut-turut, menurut data yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Jumaat (28 Apr).

Harga susut 0.4 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac berbanding suku sebelumnya.

Ini berbanding harga yang turun sebanyak 0.5 peratus pada suku yang terakhir.

Harga hartanah berhalaman jatuh 1.8 peratus, berbanding kenaikan 0.8 peratus pada suku sebelumnya.

Bagaimanapun, harga hartanah tanpa halaman pula tidak berubah, berbanding penurunan sebanyak 0.8 peratus pada suku sebelumnya.

Harga hartanah tanpa halaman di kawasan tengah bandar (CCR) susut 0.4 peratus, berbanding pertumbuhan 0.1 peratus pada suku sebelumnya.

Bagaimanapun, harga hartanah tanpa halaman di sekeliling kawasan itu (RCR) dan kawasan di luarnya (OCR) masing-masing tumbuh 0.3 peratus dan 0.1 peratus, berbanding kemerosotan sebanyak 2 peratus dan 0.6 peratus pada suku sebelumnya.

Harga sewa bagi hartanah privet juga turun 0.9 peratus, berbanding 1 peratus pada suku sebelumnya.

Sewa bagi rumah berhalaman turut jatuh 2.3 peratus, berbanding penurunan 3.2 peratus, tiga bulan sebelum itu.

Sewa bagi hartanah tanpa halaman pula turun 0.7 peratus, iaitu kadar penurunan yang sama dengan suku sebelumnya.

Sewa hartanah tanpa halaman di CCR dan RCR masing-masing turun 0.7 peratus dan 1.2 peratus, berbanding 0.4 peratus dan 0.1 peratus sebelumnya.

Bagaimanapun, harga OCR naik 0.4 peratus, berbanding penurunan 2 peratus sebelum ini.

Para pemaju melancarkan 1,949 rumah privet - tidak termasuk kondominium eksekutif (EC) - pada suku ini, berbanding 2,944 unit pada suku sebelumnya.

Meskipun begitu, sejumlah 2,962 rumah dijual, berbanding 2,316 unit pada suku sebelumnya.

Para pemaju turut melancarkan 1,024 unit EC dan menjual 1,072 unit bagi tempoh yang sama, berbanding 93 unit EC yang dilancarkan dan 734 unit yang dijual sebelum ini.

Sejumlah 2,170 urus niaga jualan semula dijalankan, berbanding 1,944 pada suku sebelumnya. Urus niaga jualan semula bagaimanapun membentuk 41.7 peratus daripada kesemua urus niaga dalam suku tersebut, berbanding 44.3 peratus pada suku sebelumnya.

Sebanyak 36,942 rumah privet belum siap dibina - tidak termasuk EC, berbanding 40, 913 pada suku sebelumnya.

Dengan mengambil kira unit-unit EC, terdapat sebanyak 46,016 unit yang sedang dibina. Secara keseluruhannya, 18,870 unit belum terjual setakat sehingga hujung suku pertama tahun ini. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan