Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga pengguna S'pura jatuh sedikit pada bulan April

Harga pengguna di Singapura jatuh pada bulan April berbanding bulan sebelumnya, menurut perangkaan dari Jabatan Statistik pada Selasa (23 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 May 2017 04:24PM Dikemas Kini : 24 May 2017 08:07AM

SINGAPURA: Harga pengguna di Singapura jatuh pada bulan April berbanding bulan sebelumnya, menurut perangkaan dari Jabatan Statistik pada Selasa (23 Mei).

Indeks harga pengguna (CPI) - kayu ukur bagi inflasi tegar - adalah 0.4 peratus pada bulan April, berbanding 0.7 peratus pada bulan Mac.

Ini mengambil kira kesan dasar yang ada kaitan dengan masa agihan rebat bagi caj khidmat dan penyenggaraan (S&CC), menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Inflasi Semua Barangan-CPI juga disederhanakan, disebabkan kejatuhan 6.7 peratus lebih besar bagi kos penginapan, berbanding penurunan 4 peratus pada bulan Mac, dedahnya dalam kenyataan media.

Inflasi pengangkutan darat privet juga naik kepada 7 peratus berbanding 6.9 pada bulan Mac, didorong oleh kenaikan lebih pantas pada harga kereta dan minyak petrol.

Inflasi perkhidmatan turut meningkat kepada 1.7 peratus berbanding 1.6 peratus pada bulan sebelumnya.

Pihak berkuasa berkata ini sebahagian besarnya dipacu oleh yuran khidmat telekomunikasi yang lebih tinggi.

Inflasi makanan kekal stabil pada 1.3 peratus sedang kenaikan pada inflasi makanan yang belum dimasak diimbangi dengan kenaikan lebih kecil pada harga hidangan yang disediakan.

Sehubungan itu, Inflasi Teras MAS berada pada 1.7 peratus bagi bulan April, lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya, yang mencatat 1.2 peratus.

Ini sebahagian besarnya mencerminkan kebangkitan yang lebih kukuh bagi kos elektrik dan gas.

MAS dan MTI juga menyatakan bahawa tekanan inflasi luar juga semakin meningkat di tengah-tengah perubahan pada pasaran komoditi di peringkat global.

Ini setelah harga minyak global naik dari tahun 2016 kepada purata yang lebih tinggi tahun ini, meskipun ini dihadkan oleh bekalan inventori yang bertambah dan pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat yang meningkat.

Sumber inflasi domestik kekal tidak berubah, dengan keadaan pasaran buruh yang lebih buruk dan dijangka melembabkan tekanan gaji, menurutnya.

Bagi tahun 2017, Inflasi Teras MAS dijangka berada pada purata 1 hingga 2 peratus berbanding 0.9 peratus pada tahun 2016, manakala Inflasi Semua Barangan-CPI diramal meningkat kepada 0.5 hingga 1.5 peratus berbanding -0.5 peratus tahun lalu, menurut MAS dan MTI.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan