Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga COE turun; premium motosikal jatuh ke paras terendah dalam 3.5 tahun

Harga Sijil Hak Milik (COE) ditutup lebih rendah bagi kesemua kategori dalam bidaan terbaru pada Rabu (23 Ogos), dengan premium bagi motosikal jatuh ke paras terendah dalam masa tiga tahun setengah.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga COE turun; premium motosikal jatuh ke paras terendah dalam 3.5 tahun

Gambar fail lalu lintas di Singapura. (Gambar: Francine Lim)

Diterbitkan : 23 Aug 2017 05:55PM Dikemas Kini : 23 Aug 2017 05:58PM

SINGAPURA: Harga Sijil Hak Milik (COE) ditutup lebih rendah bagi kesemua kategori dalam bidaan terbaru pada Rabu (23 Ogos), dengan premium bagi motosikal jatuh ke paras terendah dalam masa tiga tahun setengah.

COE motosikal ditutup pada S$3,512 - iaitu yang terendah sejak Februari 2014. Premium bagi kategori tersebut ditutup pada S$5,701 dalam bidaan lalu.

COE bagi kereta kategori A, dengan 1,600cc dan ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, ditutup pada S$42,900.

Harga tersebut turun dari S$46,778 bagi bidaan sebelum ini.

Premium bagi kereta lebih besar dan kuasa lebih tinggi dalam kategori B jatuh ke S$51,000 dari S$53,711.

COE bagi kategori terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan bagi kereta besar, juga jatuh ke S$50,000 dari S$52,751.

COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, turut jatuh kepada S$42,004 dari S$42,801 dalam bidaan sebelum ini.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan