Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir 12,000 kes denggi dilapor di S'pura tahun ini

Hampir 12,000 kes denggi dilaporkan di Singapura sejauh ini tahun ini, menurut laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (27 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Sep 2016 01:20PM Dikemas Kini : 28 Sep 2016 02:01AM

SINGAPURA: Hampir 12,000 kes denggi dilaporkan di Singapura sejauh ini tahun ini, menurut laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (27 Sep).

Sebanyak 176 kes denggi dikesan dalam minggu yang berakhir pada 24 September, meningkat sedikit berbanding 174 kes pada minggu sebelumnya. Lagi 25 kes dilaporkan antara 25 September pada 3.00 petang hingga semalam.

Keseluruhannya, 11,924 kes denggi dilaporkan di Singapura sejak permulaan tahun ini, berbanding 11,286 kes pada keseluruhan 2015. Tujuh orang maut akibat penyakit itu sejauh ini, yang terbaru seorang lelaki berusia 79 tahun yang tinggal di Eastwood Drive berhampiran Upper East Coast Road. Empat kematian akibat denggi dilaporkan tahun lalu.

Sebanyak 35 kelompok denggi aktif kini dikesan di Singapura - merosot berbanding 40 pada minggu sebelumnya - termasuk tujuh yang disifatkan sebagai berisiko tinggi. Kelompok terbesar terletak di kawasan Yishun Avenue 4 dan Yishun Street 61, di mana 56 kes dilaporkan, termasuk tujuh dalam dua minggu sebelumnya.

Kementerian Kesihatan (MOH) dan NEA memberi amaran bahawa jumlah kes denggi di Singapura mungkin melebihi 30,000 tahun ini, lebih tinggi berbanding paras rekod 22,170 yang dilaporkan pada 2013.

Singapura juga melaporkan kes pertama jangkitan tempatan Zika lewat bulan lalu. Sebanyak 393 kes sudah disahkan di sini sejauh ini.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan