Images
  • halimah yacob
    Mantan Speaker Parlimen Cik Halimah Yacob di Pusat Penamaan Calon. (Gambar: Jason Quah)

Halimah Yacob serahkan kertas penamaan calon; lebih 500 penyokong berkumpul di ibu pejabat PA

SINGAPURA: Cik Halimah Yacob, satu-satunya calon yang layak bertanding bagi Pilihan Raya Presiden yang dikhaskan untuk masyarakat Melayu, tiba di Pusat Penamaan Calon untuk menyerahkan kertas-kertasnya.

Jika ia berjalan lancar, mantan Speaker Parlimen yang berusia 63 tahun itu akan diisytiharkan sebagai Presiden Singapura yang kelapan dan memulakan penggal beliau esok (14 Sep).

Beliau juga akan menjadi Presiden Melayu pertama dalam masa 47 tahun dan wanita pertama untuk menyandang jawatan tertinggi negara ini.

Seawal 9.45 pagi, para anggota keluarga Cik Halimah, berpakaian warna jingga, mula berkumpul di Pusat NTUC, lokasi di mana beliau berlepas untuk ke Pusat Penamaan Calon.

Di Pusat Penamaan Calon di ibu pejabat Persatuan Rakyat di King George's Avenue, para penyokong membanjiri pada masa yang sama untuk bersiap sedia mengalu-alukan ketibaan beliau.

Para penyokong itu termasuk para anggota Persatuan Ain dan juga 500 hingga 600 pemimpin kesatuan daripada lebih 45 kesatuan, termasuk Kesatuan Pekerja Industri Elektronik dan Elektrik, Kesatuan Pegawai Maritim Singapura, Kesatuan Kakitangan NTUC ARU, Kesatuan Kakitangan Keppel, Kesatuan Media Kreatif dan Penerbitan dan banyak lagi.

Mewakili Kesatuan Pekerja Industri Binaan Bangunan & Kayu sebagai setiausaha eksekutifnya, Encik Zainal Sapari berkata: "Saya di sini untuk memberi sokongan saya kepada Cik Halimah ... Cik Halimah telah berkhidmat kepada ramai pekerja dan kami percaya beliau akan menjadi presiden yang baik."

Bagi menamatkan proses penamaan calon, Cik Halimah mesti diiringi pencadang, penyokong dan empat hingga lapan penyokong lain.

Kertas penamaan calon beliau dan sijil relevan mesti disampaikan dalam bentuk salinan kepada Pegawai Pilihan Raya Ng Wai Choong.

Bantahan, yang harus dibuat dalam bentuk bertulis, boleh dikemukakan antara 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Memandangkan tiada calon pesaing, Pegawai Pilihan Raya boleh mengemukakan bantahan. 

- TODAY/RU/ru

Top