Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Halimah Yacob gesa TAA gembleng tenaga dengan badan-badan Melayu/Islam dalam usaha dekati golongan memerlukan

Speaker Parlimen Halimah Yacob melahirkan harapan agar Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) dapat terus mendekati golongan yang memerlukan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Speaker Parlimen Halimah Yacob melahirkan harapan agar Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) dapat terus mendekati golongan yang memerlukan.

Dalam hal itu, beliau menyarankan TAA menggembleng tenaga dengan badan-badan Melayu/Islam lainnya untuk lebih memahami keperluan mereka dan memberikan sokongan lebih menyeluruh.

Cik Halimah berkata demikian di majlis jamuan malam sempena ulang tahun ke-25 TAA.

TAA DIHARAP TERUS TINGKATKAN USAHA DEKATI GOLONGAN MEMERLUKAN

Majlis ulang tahun dan jamuan penghargaan itu menyatukan semua pihak yang berkhidmat kepada TAA.

Daripada para sukarelawan, rakan sokong hingga penderma.

Tetamu Terhormat, Speaker Parlimen Halimah Yacob yang mengambil peluang beramah mesra dengan para penerima bantuan TAA berharap, ia dapat terus meningkatkan usahanya mendekati golongan yang memerlukan.

Beliau berkata: "Mungkin dalam projek baru yang telah diusahakan oleh TAA di mana ia dapat menggembleng tenaga dengan badan-badan Melayu/Islam yang lainnya, membuat lawatan ke rumah-rumah mereka yang memerlukan supaya lebih memahami keperluan mereka bukan saja dari segi bantuan kewangan tetapi dari segi aspek-aspek yang lain supaya sokongan yang lebih menyeluruh dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan."

Bagi TAA, ini adalah detik penting untuk menilai pencapaiannya supaya ia dapat menentukan halatuju yang baru di masa depan.

SIDEK SANIFF TERIMA ANUGERAH PENGHARGAAN TERTINGGI

Pada masa yang sama, jasa pihak-pihak yang berperanan membentuk TAA selama ini, dihargai.

Anugerah penghargaan tertinggi iaitu Anugerah Jasawan Permata diberikan kepada Haji Sidek Saniff yang memulakan projek TAA dan Haji Hussin Zoohri yang merubah TAA dari sebuah badan kolektif kepada pertubuhan formal.

"Agar TAA dari sejak ia mula ditubuhkan pada 1992 akan terus semarak dan maju ke hadapan dalam rangka membantu orang-orang yang kurang bernasib baik seberapa kuat yang mungkin," ujar Haji Hussin.

Bagi Encik Sidek Saniff pula: "Saya berpendapat kita tidak seharusnya hanya menolong orang-orang di keliling kita. Langkah selanjutnya saya rasa sudah kita putuskan dulu, adalah untuk lihat sesiapa yang mendapat malapetaka alam."

Seorang lagi yang diiktiraf menerusi Anugerah Permata Budi ialah usahawan Encik Mohamed Salleh Marican yang banyak menderma kepada TAA.

"Saya harap pada masa yang akan datang lagi 25 tahun, lebih orang akan menderma kepada TAA untuk semua yang memerlukan," kata beliau.

Majlis Penghargaan TAA di Royal Palm, The Central @ Clarke Quay itu turut dihadiri oleh para pemimpin pertubuhan-pertubuhan anggota TAA.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan