Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Halimah Yacob diisytihar Presiden ke-8 S'pura

Pegawai Pilihan Raya Ng Wai Choong membuat pengumuman itu di ibu pejabat Persatuan Rakyat di King George's Avenue.

Anggaran Waktu Membaca:
Halimah Yacob diisytihar Presiden ke-8 S'pura

Bakal Presiden baru Halimah Yacob menyampaikan Hari Penamaan Calon. (Gambar: Gayathiri Chandramohan)

Diterbitkan : 13 Sep 2017 12:43PM Dikemas Kini : 19 Sep 2017 04:39PM

SINGAPURA: Cik Halimah Yacob, 63 tahun, menjadi wanita pertama dan orang Melayu pertama dalam masa 47 tahun untuk menyandang jawatan tertinggi negara selepas berjaya memfailkan kertas-kertas penamaan calon beliau hari ini (13 Sep) sebagai satu-satunya calon yang layak bertanding dalam Pilihan Raya Presiden pada tahun ini.

Pegawai Pilihan Raya Ng Wai Choong membuat pengumuman itu di ibu pejabat Persatuan Rakyat di King George's Avenue dan ia disambut dengan sorakan oleh beratus-ratus penyokong Cik Halimah.

Presiden Yusof Ishak adalah Presiden pertama dan satu-satunya orang Melayu yang memegang jawatan itu sehingga beliau meninggal dunia pada 1970.

Piliha Raya Presiden tahun ini dikhususkan bagi masyarakat Melayu dalam usaha memastikan perwakilan berbilang kaum selepas Parlimen meluluskan pindaan undang-undang terhadap skim Presiden Dipilih pada November lalu.

Selain Cik Halimah, dua lagi individu turut menyuarakan hasrat untuk bertanding - Ketua Eksekutif Second Chance Properties Encik Salleh Marican, 67 tahun, dan Pengerusi Bourbon Offshore Asia Pasific Encik Farid Khan, 62 tahun, juga memohon untuk bertanding sebagai calon.

Bagaimanapun, kedua-duanya disahkan tidak layak bertanding oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden kerana mereka tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan, yang memerlukan calon sektor privet berkhidmat sebagai ketua eksekutif sesebuah syarikat sekurang-kurangnya tiga tahun dengan syarikat itu mempunyai ekuiti pemegang saham sekurang-kurangnya S$500 juta, secara purata, dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Walaupun ada yang meluahkan rasa gembira atas pencapaian Cik Halimah, ada juga yang kecewa ia berlaku kerana beliau menang tanpa bertanding.

Bagaimanapun, ada juga yang menarik perhatian Cik Halimah layak menjadi Presiden dan boleh menjalankan tugas dengan baik sambil merujuk kepada rekod cemerlang beliau selama lebih 40 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Sumber : Today/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan