Images
  • president chair
    Gambar fail kerusi presiden di Istana. (Gambar: TODAY)

Halimah Yacob angkat sumpah jawatan sebagai Presiden ke-8 S'pura esok

SINGAPURA: Upacara angkat sumpah jawatan Cik Halimah Yacob sebagai Presiden kelapan Singapura akan diadakan esok (14 Sep).

Demikian diumumkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Menurut kenyataan itu, upacara tersebut diadakan pada 6.00 petang esok di Istana.

Cik Halimah Yacob, 63 tahun, mencipta sejarah sebagai Presiden wanita pertama Singapura dan Presiden Melayu pertama dalam hampir 47 tahun selepas Encik Yusof Ishak.

Beliau satu-satunya calon yang menerima Sijil Kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2017, yang pertama kali dikhaskan untuk calon Melayu.

- BERITAMediacorp/RU/ru

Top