Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Halimah Yaacob: Belanjawan 2015 tepat dengan jangkaan sebagai Belanjawan Jubli Emas

Dalam ucapan penggulungannya, Speaker Parlimen Halimah Yaacob berkata terdapat persetujuan umum bahawa belanjawan tahun ini tepat dengan jangkaan sebagai Belanjawan Jubli Emas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Mar 2015 04:12PM Dikemas Kini : 13 Mar 2015 09:04PM

SINGAPURA: Speaker Parlimen Halimah Yacob berkata, Belanjawan 2015 memberi erti yang mendalam terhadap langkah pemerintah ke arah definasi kejayaan yang lebih luas.

Beliau juga mendapati bahawa ramai Anggota Dewan menyokong peruntukan Belanjawan yang memastikan kestabilan yang lebih menyeluruh serta memberi ketenangan fikiran kepada rakyat Singapura.

Seramai 65 AP menanyakan 466 soalan pada tahun ini dan 54 AP turut membahaskan Belanjawan 2015 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tharman Shanmugaratnam.

Cik Halimah menambah, Kementerian Tenaga Manusia menerima paling banyak soalan tahun ini dan ini memang dijangkakan kerana terdapat pelbagai inisiatif di bawah naungan kementerian itu.

Sebagai contoh, para AP menyokong kuat skim SkillsFuture, khususnya matlamat inisiatif tersebut yang bertujuan memberi semua rakyat Singapura peluang untuk meningkatkan mutu kehidupan mereka.

Namun demikian, semasa menggulung perbahasan bagi pelbagai kementerian, Cik Halimah menekankan bahawa terdapat lebih banyak usaha yang perlu dilakukan.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan