Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hakim hentam komen online 'kurang ajar' terhadap mangsa rogol

Seorang hakim Mahkamah Tinggi mengkritik satu komen yang "kurang ajar" tentang seorang mangsa yang dirogol. Hakim tersebut berkata ia dibuat oleh mereka yang mengambil kesempatan daripada kegunaan nama yang tidak dikenali di Internet.

Anggaran Waktu Membaca:
Hakim hentam komen online 'kurang ajar' terhadap mangsa rogol

Gambar fail seorang yang sedang menggunakan telefon bimbit. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 13 Sep 2017 05:24PM Dikemas Kini : 13 Sep 2017 05:27PM

SINGAPURA: Seorang hakim Mahkamah Tinggi mengkritik satu komen yang "kurang ajar" tentang seorang mangsa yang dirogol. Hakim tersebut berkata ia dibuat oleh mereka yang mengambil kesempatan daripada kegunaan nama yang tidak dikenali di Internet.

Komen-komen negatif ini "memberi kesan yang nyata kepada orang", kata Hakim Aedit Abdullah berkata pada sidang pada hari Rabu (13 Sep), sambil menambah bahawa komen itu tidak menjadi tujuan selain daripada orang untuk "bercakap buruk" dan menunjukkan prasangka mereka.

Beliau mengatakan demikian terhadap kes yang berprofil tinggi, kes juruukur bunker, Ong Soon Heng, yang didapati bersalah pada bulan Julai lalu atas kesalahan menculik dan merogol pelajar berusia 22 tahun yang berada di dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri.

Pasangan tersebut difahamkan berpesta bersama rakan-rakan mereka di Zouk pada 24 Julai lalu. Ong kemudiannya menawarkan kepada mangsa untuk menghantarnya pulang ke rumah apabila mangsa tidak menyedarkan diri.

Ong sebaliknya menculik pelajar tersebut yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan membawa pelajar itu ke rumahnya di Hume Heights, di mana Ong merogolnya.

Ong kemudian mengatakan bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan mangsa, yang mempunyai teman lelaki.

Kes Ong menarik banyak perhatian di platform online, dengan ramai orang memberi komen terhadap kes tersebut. Sesetengah daripada mereka menyalahkan pelajar tersebut.

Hakim Aedit menambah bahawa komen-komen demikian merupakan sesuatu yang "kurang ajar" dan "sangat, sangat tidak membantu" mangsa, dan mungkin boleh mematahkan semangat mangsa-mangsa lain daripada ke depan. Juga "tidak membantu untuk memberikan komen kepada tertuduh," katanya.

Kesalahannya harus ditentukan oleh mahkamah, tambah hakim.

Timbalan Pendakwa Sellakumaran Sellamuthoo danSiti Adrianni Marhain menggesa mahkamah untuk memberikan hukuman sekurang-kurangnya 14 tahun penjara dan 12 kali sebatan rotan terhadap Ong.

Ong mengambil kesempatan ke atas kawannya yang "berada di dalam keadaan yang lemah" untuk menculik dan merogolnya, menurut pihak pendakwa raya.

Mangsa berada dalam keadaan tidak sedar dan "tidak berupaya untuk mempertahankan diri", dan tidak ada ingatan bahawa dia sudah dirogol.

Mangsa memberitahu pihak mahkamah bahawa dia menganggap Ong sebagai kawan baik sebelum Ong mengkhianati kepercayaannya.

Peguam bela, Sunil Sudheesan dan Diana Ngiam, pula menggesa mahkamah agar mengenakan hukuman penjara selama 10 tahun dan enam kali sebat.

Ong akan menerima hukumannya pada tarikh yang akan ditetapkan. 

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan