Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hab pengangkutan bersepadu baru Bukit Panjang akan tingkatkan kemudahan penumpang

Hab pengangkutan bersepadu Bukit Panjang yang baru akan meneliti cara untuk memperbaiki kemudahan penumpang menerusi beberapa inisiatif termasuk membolehkan orang ramai meminjam barang-barang bagi tempoh terhad.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Aug 2017 01:39PM Dikemas Kini : 23 Aug 2017 10:04PM

SINGAPURA: Hab pengangkutan bersepadu Bukit Panjang yang baru akan meneliti cara untuk memperbaiki kemudahan penumpang menerusi beberapa inisiatif termasuk membolehkan orang ramai meminjam barang-barang bagi tempoh terhad.

Hab itu dibuka pada bulan depan.

Dalam previu yang diadakan hari ini (23 Ogos) pengendali SMRT Buses menyatakan para penumpang boleh meminjam payung, pengecas mudah alih, dan troli membeli-belah tanpa bayaran deposit daripada WeCare Shop bagi tempoh sehingga tiga hari.

Inisiatif yang lain termasuk kiosk maklumat interaktif yang membolehkan penumpang untuk merancang perjalanan mereka, dan kaunter perkhidmatan penumpang yang berkonsep terbuka.

SISTEM PENGURUSAN TRAFIK BAGI TINGKATKAN KESELAMATAN

Selain daripada inisiatif-inisiatif bagi penumpang, SMRT Buses menyatakan bahawa satu sistem pengurusan trafik bijak akan dilaksanakan bagi membolehkan para pemandu-pemandu bas mengesan pergerakan kenderaan dalam kawasan meletak bas.

Meskipun sistem pengurusan trafik yang serupa sudah dilaksanakan di beberapa hab pengangkutan bersepadu, SMRT menyatakan ia mengubah suai sistem yang digunakan di Hab Bukit Panjang.

Ia termasuk memasang alat-alat mengesan cahaya di depan tempat letak kenderaan, untuk memberi amaran kepada pemandu tentang pergerakan kenderaan di jalan masuk di belakang mereka.

Hab di Bukit Panjang itu akan menyepadukan pusat pertukaran bas yang baru bersama stesen-stesen LRT dan MRT, dan gedung beli belah Hillion Mall, yang dibuka Februari lalu.

Hab tersebut, merupakan hab pengangkutan bersepadu pertama dikendalikan oleh SMRT Buses, menjadi hab pengangkutan bersepadu yang ke-9 Singapura, apabila ia dibuka pada 4 September ini. 

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan