Images
  • sparkletots
    Guru-guru dengan kanak-kanak dari PCF Sparkletots. (Gambar: PCF Sparkletots)

Guru prasekolah bakal terima cuti Hari Guru buat pertama kali

SINGAPURA: Para guru pendidikan awal kanak-kanak akan mendapat hari cuti bagi Hari Guru pada Khamis (31 Ogos).

Ini selepas cuti sekolah itu dilanjutkan kepada prasekolah di Singapura buat julung-julung kalinya tahun ini.

"Langkah ini bertujuan untuk mengiktiraf dan meraikan minat mendalam dan komitmen guru-guru pendidikan awal kanak-kanak terhadap kerjaya mereka," dedah Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dalam kenyataannya pada Selasa.

Hampir kesemua 1,300 pusat jagaan kanak-kanak sudahpun mengisytiharkan akan ditutup pada Hari Guru, menurut ECDA.

Tahun lalu, sekitar 40 peratus pusat jagaan kanak-kanak ditutup pada Hari Guru, manakala tadika sudahpun mengambil langkah sedemikian.

Ibu bapa kepada kanak-kanak prasekolah menyokong langkah tersebut dan dimaklumkan tentang penutupan itu terlebih dahulu supaya mereka dapat membuat penyusunan bagi jagaan alternatif, dedah ECDA.

Persatuan Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan usaha sosial Preschool Market juga menghulurkan kit terima kasih kepada semua guru pendidikan awal kanak-kanak dengan potongan harga dan cendera hati khas.

Inistiatif Hari Guru itu diumumkan buat kali pertama pada Oktober lalu oleh Encik Tan sebagai sebahagian daripada pelancaran pelan tenaga manusia pendidikan awal kanak-kanak. 

- CNA/IM/im

Top