Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Grand Prix S'pura tetap daya tarikan utama, kata mantan ketua F1 Ecclestone

Grand Prix Singapura dijangka akan kekal sebagai daya tarikan utama Formula One di Asia Tenggara, menurut mantan ketua pemasaran F1 Bernie Ecclestone pada Ahad (30 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Grand Prix S'pura tetap daya tarikan utama, kata mantan ketua F1 Ecclestone

Litar GP F1 Singapura. (Gambar: AP/Wong Maye-E)

Diterbitkan : 01 May 2017 08:25AM Dikemas Kini : 01 May 2017 08:28AM

SOCHI, Russia: Grand Prix Singapura dijangka akan kekal sebagai daya tarikan utama Formula One di Asia Tenggara, menurut mantan ketua pemasaran F1 Bernie Ecclestone pada Ahad (30 Apr).

Dengan itu, ia tidak akan terjejas dengan ketiadaan Grand Prix Malaysia apabila ia digugurkan dari kalendar perlumbaan tahun ini, kata warga Britain berusia 86 tahun itu kepada Reuters di Grand Prix Russia.

Malaysia, yang sudahpun menjadi sebahagian daripada litar perlumbaan itu sejak 1999, akan mengundurkan diri pada Oktober, iaitu setahun lebih awal dari yang dijadualkan.

Sungguhpun demikian, terdapat beberapa tanda tanya mengenai Grand Prix Singapura - perlumbaan sebelah malam yang terkenal - apabila kontraknya berakhir tahun ini.

Ini setelah Ecclestone membayangkan pada November lalu bahawa rundingan tidak berjalan dengan lancar.

Ketika ditanya sama ada keputusan Malaysia adalah satu tamparan hebat kepada F1, Ecclestone menggelengkan kepalanya.

“Tidak, tidak sama sekali. Kami masih mempunyai Singapura," tegas warga Britain tersebut, yang disingkirkan sebagai ketua F1 tetapi mengekalkan peranannya sebagai penasihat. "Jika kami kehilangan Singapura, ia satu kerugian besar. Tetapi kami belum kehilangannya lagi, jadi ia OK.

"Mereka (Singapura) hampir mahu berhenti... semuanya OK sekarang." 

Sumber : Reuters/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan