Images
  • Google
    Gambar fail pejabat Google di Singapura. (Gambar: Tang See Kit) 

Google sasar latih 1,000 pimpin perniagaan rakyat S'pura jelang 2019

SINGAPURA: Gergasi teknologi Google akan berkerjasama dengan penyedia khidmat latihan global AVADO, SPRING Singapore dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) untuk melancarkan program kepimpinan dan pemasaran digital yang bertujuan membentuk generasi pemimpin pelapis digital di Singapura.

Program yang diberi nama Squared Online bagi SME bertujuan melengkapi para usahawan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mempertingkat keupayaan pemasaran digital syarikat mereka, menurut Google semalam (19 Apr).

Program itu juga menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk menyasarkan para pelanggan global menerusi sumber-sumber online dan termasuk kelas-kelas yang mengupas topik seperti pemasaran enjin pencari dan analisis.

Pengarah Serantau Google bagi Asia Tenggara, Global Marketing Solutions, Ghislain Le Chatelier berkata: "Kami tahu SME mempunyai sumber-sumber yang terhad dan mereka memerlukan bantuan untuk berkembang. Memanfaatkan keupayaan digital dan mudah alih dengan betul adalah kunci kejayaan masa akan datang. Dengan menawarkan program pemasaran digital yang dikhususkan buat para pemimpin SME, kami berharap untuk membantu mereka mengeksport menggunakan laman, mengembangkan pangkalan data pelanggan mereka serta berkembang maju dalam dunia yang kian mendahulukan pengalaman mudah alih."

- CNA/nk

Top