Images
  • get active sg
    GetActive! Singapore akan berlangsung selama seminggu mulai 29 Julai hingga 9 Ogos. (Gambar: Sport Singapore)

GetActive! Singapore anjur kegiatan sukan bagi setiap golongan usia mulai 29 Julai ini

SINGAPURA: Kegiatan bersukan untuk semua orang termasuk golongan kurang upaya.

Itulah yang orang ramai boleh jangkakan apabila GetActive! Singapore kembali untuk tahun kedua.

Menjelang Hari Kebangsaan tahun ini, temasya-temasya sukan serta pelbagai pertandingan sukan akan diadakan bagi syarikat-syarikat, belia dan warga tua.

Semua acara itu akan berlangsung selama seminggu mulai 29 Julai hingga 9 Ogos.

Orang ramai juga boleh menganjurkan sendiri kegiatan-kegiatan bersukan menerusi program 'Active Enabler'.

Bagi memberikan orang ramai sedikit gambaran tentang apa yang boleh dijangkakan, beberapa kegiatan dianjurkan GetActive di Sentosa hari ini (19 Mac).

Di acara tadi, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu menyuarakan harapan agar GetActive! Singapore akan menjadi suatu tradisi di negara ini.  

- CNA/im

Top