Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gerakan belia ingin tangkis salah tanggapan tentang HIV

Meningkatkan kesedaran serta menangkis salah tanggapan masyarakat, terutamanya golongan belia, tentang virus HIV/AIDS secara terbuka dan jujur.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Mar 2016 08:09PM Dikemas Kini : 21 Mar 2016 10:51AM

SINGAPURA: Meningkatkan kesedaran serta menangkis salah tanggapan masyarakat, terutamanya golongan belia, tentang virus HIV/AIDS secara terbuka dan jujur.

Itulah matlamat gerakan belia "Paint The Town Red" yang dihadiri sekitar 100 individu daripada pelbagai lapisan masyarakat, siang tadi (20 Mac).

Paint The Town Red merupakan usaha sekumpulan mahasiswa tahun keempat Sekolah Komunikasi dan Informasi Wee Kim Wee, Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Selain segmen soal jawab, pameran juga diadakan bagi memberikan maklumat lebih lanjut berkenaan isu-isu kesihatan seksual.

Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Dr Fatimah Lateef, yang menyertai sesi soal jawab itu, menekankan pentingnya isu-isu sedemikian dibincangkan secara terbuka, terutama bagi manfaat generasi muda Singapura.

"Ini supaya mereka tahu apakah aktiviti-aktiviti yang penuh risiko ataupun tinggi risiko, dan apakah cara untuk mengelakannya, dan bagaimana mereka boleh mendapatkan bantuan ataupun pemeriksaan untuk mendapat tahu bahawa mereka ada sesuatu penyakit," ujar Dr Fatimah.

Seorang peserta, Kyle Malinda-White, berkata: "Saya rasa acara seperti ini harus diberi wadah yang lebih luas bagi masyarakat am untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kes-kes seperti ini."

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan