Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

GCE O: Haziratul Zakirah antara pelajar berjaya, raih 3 gred kepujian dan 3 merit

Bilangan pelajar GCE 'O' yang lulus sekurangnya-kurangnya lima mata pelajaran, mencatat rekod tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bilangan pelajar GCE 'O' yang lulus sekurangnya-kurangnya lima mata pelajaran, mencatat rekod tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Kementerian Pendidikan hari ini mendedahkan, 84.3 peratus pelajar kohort tahun lalu, lulus lima subjek atau lebih, iaitu jumlah paling tinggi berbanding paras rekod 83.8 peratus yang dicatat pada tahun 1995.

Sekitar 32,000 pelajar yang menduduki peperiksaan GCE peringkat O tahun lalu, menerima sijil mereka hari ini.

Wartawan BERITAMediacorp berkunjung ke dua buah sekolah untuk menemui para pelajar yang lulus dalam peperiksaan tersebut.

PEMALU TETAPI SEORANG YANG AKTIF

Haziratul Zakirah dianggap pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan juga aktiviti ko-kurikular (CCA). Maka tidak harianlah apabila keputusan GCE O diumumkan hari ini 911 Jan), dia mendapat 3 gred kepujian dan 3 gred merit.

Walaupun keluarganya menyifatkan Zakirah sebagai anak yang pemalu sejak kecil lagi, ini tidak menghalang pelajar Sekolah Menengah Hong Kah itu menjadi aktif di sekolah.

Menurut para gurunya, perwatakan dan kegigihan Zakirah diiktiraf rakan sebaya dan para guru, sehinggakan dia mendapat undi 80 peratus daripada para ketua pelajar yang mengundinya menjadi Presiden bagi Majlis Pelajar sekolahnya.

KEGIATAN LUAR TIDAK HALANG JADI PELAJAR TEKUN

Selain aktiviti Majlis Pelajar, dia juga menganggotai aktiviti NPCC, dan banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

Menurutnya, kesemua aktiviti ini tidak menghalangnya menjadi pelajar yang tekun, malah membantu membentuk perwatakannya sebagai seorang insan.

"Dengan program-program seperti itu saya juga dapat buka minda saya dan saya boleh memahami bagaimana susah kehidupan orang lain dan ini membuat saya yang lebih bersyukur dengan apa yang telah saya diberi," Haziratul Zakirah memberitahu BERITAMediacorp.

PERNAH KETAGIH PERMAINAN VIDEO

Muhammad Iman Amir daripada Sekolah Menengah Yusof Ishak juga mendapat tiga gred kepujian dan tiga gred merit.

Dia pernah ketagih dengan permainan video sewaktu di awal sekolah menengah, dan meluangkan masa sehingga lapan jam sehari untuk bermain.

Muhammad Iman Amir (kiri) 

Namun, setelah pelajarannya terjejas sewaktu melangkah ke menengah tiga, dia yang datang daripada keluarga ibu tunggal, berubah sikap dan mula menumpukan perhatian kepada pelajarannya.

Selain ingin membanggakan ibunya, dorongan daripada guru yang memahami juga menjadi sumber motivasi.

"Ini memberi saya motivasi kerana saya dapat seorang insan yang mempercayai kemahiran saya. Walaupun dia mempunyai pelajar-pelajar yang mempunyai lebih kemahiran daripada saya. Namun begitu dia masih mempercayai dalam kemahiran saya dan memberi saya motivasi untuk berjaya," kata Muhd Iman Amir

Sekitar 32,000 pelajar menduduki GCE O, tahun lalu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan