Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gara-gara main kayu tiga, suami ditikam di dada

 Ibu kepada dua orang anak yang menikam suaminya di dada kerana mengirim pesanan kepada wanita yang ingin dijadikan isteri keduanya dijatuhi hukuman penjara selama enam minggu

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara main kayu tiga, suami ditikam di dada

Gambar fail tukul kayu. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Oct 2017 04:39PM Dikemas Kini : 16 Oct 2017 04:41PM

SINGAPURA: Ibu kepada dua orang anak yang menikam suaminya di dada kerana mengirim pesanan kepada wanita yang ingin dijadikan isteri keduanya dijatuhi hukuman penjara selama enam minggu.

Nur Fairuzana Ahmad, 30 tahun, dijatuhi hukuman penjara har ini (16 Okt) setelah didapati tidak layak menerima arahan
rawatan mandatori yang sebelum ini diminta oleh peguamnya.

Bulan lalu, dia mengaku bersalah atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja ke atas suaminya, Encik Muhammad Yasser Abdul Shukor dengan menikamnya.

Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah May Mesenas berkata bahawa beliau sudah menimbangkan faktor-faktor seperti kesalahan pertama yang dilakukan oleh Fairuzana. Sungguhpun demikian, ia adalah satu kesalahan yang serius kerana dia mencederakan bahagian tubuh yang penting, menurut hakim.

Mahkamah diberitahu bahawa insiden itu berlaku pada 17 April lalu dalam bilik tidur pasangan tersebut di Punggol.

Fairuzana, seorang pentadbir di sebuah syarikat perkapalan, bergelut dengan suaminya setelah mendapati bahawa beliau sedang menghantar kiriman teks dan audio dengan mesej "I love you" kepada seorang wanita yang ditemuinya di Filipina. Beliau merancang untuk mengahwini wanita itu.

Selepas pergelutan untuk merampas telefon bimbit itu, Fairuzana kemudian meninggalkan bilik itu dan membawa sebilah pisau. Dia menikam suaminya pada sebelah kanan dadanya.

Pasangan tersebut sedang dalam proses bercerai.

Hari ini (16 Okt), Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Samuel Yap sekali lagi mengulangi gesaan agar hukuman penjara dua bulan dijatuhkan ke atas tertuduh.

DPP Yap memberitahu mahkamah bahawa kesalahan Fairuzana serius dan hukuman tersebut "sudahpun diringankan setelah mengambil kira faktor-faktor lain."

Peguam bela Fairuzana, Vigneesh Nainar, berkata bahawa anak guamnya adalah mangsa penderaan fizikal dan emosi suaminya dan meminta mahkamah supaya menimbangkan hukuman dalam bentuk khidmat masyarakat dan dipasang dengan alat yang mengesan pergerakannya.

Hakim Daerah Mesenas bagaimanapun tidak bersetuju dengan saranannya.

Fairuzana akan memulakan hukumannya pada 23 Oktober. Bagi kesalahan mencederakan seseorang dengan sengaja, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, dan/atau didenda sehingga S$5,000. 

Sumber : Today/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan