Images
  • sharpy gallop stable
    Sharpy, kuda yang ditemui sakit dan cedera di Gallop Stable di Pasir Ris Green. (Gambar: AVA)

Gallop Stable didenda $9,000 kerana kejam terhadap kuda lumba

SINGAPURA: Penyedia khidmat menunggang kuda Gallop Stable didenda S$9,000 pada Jumaat (19 Mei) selepas didapati bersalah atas tuduhan bersikap kejam terhadap haiwan bulan lalu.

Seekor kuda yang tidak lagi dijadikan kuda lumba, yang diberi nama Sharpy, ditemui dalam keadaan menyedihkan di premis kandang kuda di Pasir Ris pada bulan Mei 2013 oleh doktor haiwan Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) Dr Wendy Toh apabila beliau melawat ladang itu secara mengejut.

Dr Toh ternampak kuda berusia 17 tahun itu terbaring di lantai dan dalam keadaan sukar bernafas sambil menunjukkan giginya - iaitu tanda-tanda kuda itu berada dalam kesakitan.

Gallop Stable kemudian didakwa atas tuduhan bersikap kejam terhadap haiwan dan "gagal memberikan perhatian perubatan yang secukupnya kepada kuda itu".

Pengarah kandang kuda tersebut berkata bahawa beliau tahu Sharpy tidak sihat dan sudah memberikan kuda itu ubat menahan sakit. Beliau juga sudah memanggil seorang doktor haiwan sebelum diminta berbuat demikian oleh AVA selepas kunjungan mengejut itu, katanya tahun lalu.

Bagaimanapun, Dr Phyllis Yew, berkata kakitangan kandang kuda itu tidak mengikut arahannya untuk membersihkan luka-luka Sharphy, sehingga menyebabkannya dipenuhi ulat.

Sharpy juga sakit teruk sehingga kedua-dua Dr Yew dan Dr Toh menyarankan agar kuda tersebut dicabut nyawanya.

Gallop Stable bagaimanapun enggan berbuat demikian.

- CNA/im

Top