Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Firma binaan didenda; alir cecair ke terusan Bukit Panjang secara haram

Sebuah syarikat yang sedang membina laluan jalan bawah tanah bagi stesen MRT Bukit Panjang didenda kerana mengalirkan cecair secara haram ke sebuah terusan dan tidak menyediakan tangki penyimpan yang mencukupi.

Anggaran Waktu Membaca:
Firma binaan didenda; alir cecair ke terusan Bukit Panjang secara haram

Ed Zublin AG Singapore diberi kontrak menjalankan kerja-kerja binaan bagi laluan bawah tanah stesen MRT Bukit Panjang. (Gambar: laman Zublin)

Diterbitkan : 20 Jul 2017 02:36PM Dikemas Kini : 20 Jul 2017 02:44PM

SINGAPURA: Sebuah syarikat yang sedang membina laluan jalan bawah tanah bagi stesen MRT Bukit Panjang didenda kerana mengalirkan cecair secara haram ke sebuah terusan dan tidak menyediakan tangki penyimpan yang mencukupi.

Syarikat Ed Zublin AG Singapore didenda $2,000 kerana mengepam cecair dari kerja-kerja mengorek tanah terus ke dalam Terusan Lencongan Pang Sua pada 25 Januari, menurut agensi air negara PUB dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) hari ini (20 Jul).

Cecair berwarna putih itu didapati tanah yang sudah bercampur dengan air.

Syarikat itu juga didenda $5,000 menyusuli satu pemeriksaan berasingan oleh PUB yang mendapati saiz tangki penyimpan air di tapak binaan tersebut - yang diperlukan untuk menakung air hujan - kecil dan tidak mematuhi pelan yang diluluskan.

Saiz tangki yang sesuai penting bagi memastikan kelodak air hujan ditakung dan dirawat sebelum dilepaskan ke dalam longkang-longkang awam, menurut NEA dan PUB.

"Dua pertiga tanah Singapura merupakan takungan air, oleh itu penting bagi semua tapak binaan mematuhi syarat-syarat langkah kawalan bumi (ECM) untuk mencegah cecair tanah daripada mengalir ke dalam laluan air kita," menurut NEA dan PUB.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan