Images
  • kucing
    Kucing yang didera dan dibunuh itu. (Gambar: Jaslynn Ong)

Fajar Ashraf dituduh dera, bunuh kucing di Tampines

SINGAPURA: Seorang warga Singapura berusia 25 tahun didakwa di mahkamah hari ini (14 Dis) ke atas dua tuduhan kekejaman terhadap haiwan, selepas dia didakwa menyebabkan kematian seekor kucing di Tampines.

Fajar Ashraf Fajar Ali dituduh mencampak kucing itu dari tingkat enam Blok 884 Tampines Street 83 sekitar 1.40 pagi pada 26 Mei tahun ini.

Hampir sejam selepas itu, pada 2.30 pagi, Fajar disyaki menghentak badan kucing itu ke lantai sebanyak dua kali.

Seorang saksi berkata Fajar juga membakar kucing itu dengan menggunakan pemetik api.

Kucing itu ditemui mati di blok berkenaan dengan darah keluar daripada mulutnya, menurut Persatuan Kebajikan Kucing.

Fajar ditangkap pada 31 Mei. Di mahkamah hari ini, dia berkata bahawa dia akan mengaku bersalah terhadap dua tuduhan pada 9 Januari nanti.

Di bawah Akta Haiwan dan Burung-Burung, pesalah kali pertama yang didapati bersalah menzalimi haiwan boleh didenda sehingga S$15,000, dipenjara sehingga 18 bulan, atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan berikutnya, denda maksimum ialah S$30,000, dipenjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya. 

- CNA/ru

Top