Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Episod terakhir 'Akustika Bersama' akan tampilkan M Nasir

Episod terakhir program 'Akustika Bersama' di saluran SURIA akan menampilkan penyanyi, penggubah dan penulis lagu yang disegani, M Nasir.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Episod terakhir program 'Akustika Bersama' di saluran SURIA akan menampilkan penyanyi, penggubah dan penulis lagu yang disegani, M Nasir.

'Akustika Bersama' merupakan program lapan episod yang mengetengahkan artis tempatan dari pelbagai genre, yang membuat persembahan secara akustik di the Arts House diiringi para pemain muzik profesional.

Episod pertama 'Akustika Bersama' yang disiarkan pada 10 Februari lalu menampilkan kumpulan duo hip hop Sleeq dan penyanyi Trisno Isak.

Bukan setakat satu persembahan nyanyian, program itu juga menyelitkan wawancara santai bersama para penghibur undangan untuk mereka berkongsi kisah perjalanan muzik masing-masing.

Dalam episod terakhir yang akan disiarkan pada 31 Mac nanti, seniman kelahiran Singapura yang tidak asing lagi, M Nasir, menyanyikan lagu-lagu beliau yang popular dan malar segar, dan turut berganding dengan kumpulan Kembara yang dianggotainya dulu.

Mengulas lanjut, M Nasir berkata: "Ia satu persembahan yang 'raw' saya rasa, akustik, spontan, maknanya kalau ada kesilapan ke apa... dia akan terakam macam gitu, dia akan jadi sejarah. Akustika ini satu persembahan yang bersahaja.. dia mempunyai peminat-peminat sendiri, jadi kita nak dapatkan itu, minat sederhana itu yang kita nak."

Anak didik beliau, Ikhsan Ace, bekas penyanyi kumpulan Aryan juga akan tampil menyanyikan lagu tema dari filem 'Azura'.

Barisan artis-artis tempatan lain bagi 'Akustika Bersama' termasuk penyanyi baru dan mapan seperti Awie Rafael, Aisyah Aziz, Art Fazil dan Ramli Sarip. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan