Images
  • handcuff (2)
    Gambar fail seseorang digari. (Gambar: Reuters) 

Elak NS: Anak lelaki Peguam Kanan Tan Chee Meng dijel 12 minggu

SINGAPURA: Anak lelaki peguam kanan Tan Chee Meng hari ini (11 Okt) dijatuhi hukuman penjara 12 minggu kerana melanggar Akta Perkhidmatan Negara dengan menetap di luar negara selama lebih enam tahun tanpa permit keluar.

Isaac Tan Yang En, 25 tahun, berhijrah ke Kanada bersama keluarganya pada tahun 2000 kerana dia dan adiknya tidak dapat mengendalikan dengan baik pembelajaran bahasa Cina di sekolah. Encik Tan juga mengalami atopic dermatitis, yang menjadi bertambah buruk disebabkan cuaca panas dan lembap di Singapura.

Bapanya, seorang Peguam Kanan yang kini Timbalan Pengerusi firma guaman WongPartnership, menetap di Singapura kerana kekurangan peluang pekerjaan di luar negara.

Tan bersama beberapa anggota keluarganya memohon kewarganegaraan Kanada, yang diterima pada tahun 2005.

Pada 2009, ketika berusia 16 tahun, Tan menerima notis pendaftaran daripada Pangkalan Tenaga Manusia Pusat (CMPB) untuk mendaftar diri bagi Perkhidmatan Negara. Para peguam keluarganya kemudian meminta agar perkhidmatan negaranya ditangguhkan sehingga dia mencapai usia 21 tahun. Dia mahu memansuhkan kewarganegaraannya pada usia 21 tahun.

CMPB menolak permintaan itu, serta rayuan berikutnya.

TAN CHEE MENG: "SANGAT MENYAYAT HATI" MELIHAT 2 ANAK LELAKINYA DIPENJARA

Tan kembali ke Singapura pada bulan Ogos 2015 dan mendaftar pada bulan Oktober.

Selain daripada tuduhan menetap di luar negara tanpa izin keluar selama hampir enam tahun, lima bulan, Tan juga mengaku salah atas dua tuduhan lain di bawah Akta Pendaftaran Negara.

Dalam satu kenyataan setelah hukuman dijatuhkan, bapanya, Encik Tan Chee Meng berkata: "Saya dan isteri saya membuat keputusan pada tahun 2000 untuk berpindah ke Kanada kerana kami merasakan ia keputusan yang terbaik bagi anak-anak kami. Perkhidmatan Negara adalah perkara terakhir dalam fikiran kita, apatah lagi mengelakkannya sama sekali. Ianya bukan keputusan yang mudah."

Beliah menambah: "15 tahun kemudian pada tahun 2015, kedua-dua anak lelaki saya memutuskan sendiri bahawa mereka mahu pulang untuk berkhidmat. Saya sangat bangga dengan keputusan anak-anak saya. Sebagai bapa, ia sangat menyayat hati melihat kedua-dua anak lelaki saya dipenjara disebabkan situasi seperti ini.

"Saya bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan undang-undang harus dipatuhi. Sepanjang dua setengah tahun yang lalu bukanlah tempoh mudah, tetapi kami akan menempuhnya sebagai sebuah keluarga."

- CNA/SM/aq

Top