Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Eksport S'pura tumbuh 2.7% pada suku kedua

Eksport domestik bukan minyak (NODX) tumbuh 2.7 peratus tahun ini berbanding suku kedua tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Eksport S'pura tumbuh 2.7% pada suku kedua

Kapal-kapal kontena di pelabuhan Keppel di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 11 Aug 2017 02:55PM Dikemas Kini : 11 Aug 2017 02:57PM

SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) tumbuh 2.7 peratus tahun ini berbanding suku kedua tahun lalu.

Ini selepas rentak yang kian perlahan berbanding peningkatan sebanyak 15.3 peratus pada suku sebelumnya, menurut International Enterprise (IE) Singapore pada Jumaat (11 Ogos).

Pertumbuhan itu adalah bagi peningkatan penghantaran untuk produk-produk elektronik, di mana ia mengatasi penurunan bagi barangan bukan elektronik, dedah IE Singapore dalam kenyataan medianya.

Perangkaannya menunjukkan bahawa eksport domestik bagi produk elektronik - yang merangkumi 28.8 peratus bagi separuh pertama 2017 - naik 13.3 peratus pada suku kedua, menyusuli pertumbuhan 9.5 peratus pada suku pertama.

Litar bersepadu, beberapa bahagian PC dan PC masing-masing berkembang sebanyak 25.1 peratus, 18.4 peratus dan 11.4 peratus, dan ia paling banyak menyumbang kepada peningkatan elektronik NODX, menurut agensi tersebut.

Bagi produk bukan elektronik pula, eksport domestik - yang membentuk 71.2 peratus NODX pada separuh pertama 2017 - susut 1.1 peratus pada suku kedua, jauh berbeza berbanding setahun lalu, selepas mencatat pertumbuhan 17.8 peratus pada suku pertama.

Penyumbang terbesar bagi penurunan bagi bukan elektronik NODX adalah bahagian peralatan kejuruteraan sivil (-82.5 peratus), farmaseutikal (-30.5 peratus) dan enjin dan motor bukan elektrik (-49.9 peratus), menurut IE Singapore.

Eksport bagi semua pasaran terbesar naik pada suku kedua , kecuali EU28, Hong Kong dan Amerika Syarikat. Penyumbang terbesar bagi peningkatan tersebut adalah China (+33.2 peratus), Korea Selatan (+62.7 peratus) dan Taiwan (+22.5 peratus), menurut perangkaan.

Eksport semula bukan minyak naik 8 peratus pada suku kedua, menyusuli pertumbuhan sebanyak 6.8 peratus pada suku sebelumnya, didorong oleh lebih banyak penghantaran bagi kedua-dua eksport semula elektronik dan bukan elektronik, menurut IE Singapore.

Jumlah perdagangan dan ramalan NODX bagi tahun 2017 masing-masing dinaikkan kepada antara 6 hingga 7 peratus dan 5 hingga 6 peratus.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan