Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Eksport S'pura bangkit pada Jun selepas merosot 2 bulan berturut-turut

Eksport bukan minyak Singapura meningkat 8.2 peratus pada bulan lalu berbanding setahun lalu selepas mengalami kemerosotan dua bulan berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jul 2017 12:29PM Dikemas Kini : 18 Jul 2017 03:05AM

SINGAPURA: Eksport bukan minyak Singapura meningkat 8.2 peratus pada bulan lalu berbanding setahun lalu selepas mengalami kemerosotan dua bulan berturut-turut.

Demikian menurut agensi perdagangan International Enterprise (IE) Singapore hari ini (17 Jul).

Bagaimanapun, berdasarkan penyesuaian musiman, eksport negara jatuh 2.7 peratus, dengan kemerosotan pada kiriman elektronik menjejas peningkatan yang diraih melalui penghantaran bukan elektronik, menurut IE Singapore.

Penghantaran elektronik meningkat lapan bulan berturut-turut berbanding setahun lalu, tetapi rentak peningkatannya adalah lebih perlahan, turun kepada 5.4 peratus berbanding 28.9 peratus yang dicatatkan pada bulan Mei. Litar bersepadu (IC), produk media cakera dan kapasitor memacu pertumbuhan bulan Jun, masing-masing meningkat 20.7 peratus, 2.9 peratus dan 10.5 peratus.

Penghantaran bukan elektronik meningkat 9.3 peratus, selepas merosot 8.6 peratus pada bulan sebelumnya. Emas, mesin khusus dan petrokimia menyumbang besar kepada pertumbuhan itu, dengan masing-masing meningkat 148 peratus, 76.1 peratus dan 13.7 peratus.

Eksport ke China, Korea Selatan, Jepun, Malaysia dan Hong Kong berkembang, mengatasi kemerosotan eksport ke Amerika Syarikat, Taiwan, Kesatuan Eropah, Thailand dan Indonesia. Kiriman ke China, pasaran eksport terbesar Singapura, melonjak sebanyak 48.9 peratus.

Eksport semula bukan minyak meningkat 9.1 peratus pada bulan Jun selepas tumbuh 15 peratus pada bulan lalu. Penghantaran bagi eksport semula elektronik dan bukan elektronik turut meningkat, menurut IE Singapore. 

Sumber : CNA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan