Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DSO National Laboratories buka rasmi kompleks baru di Science Park Drive

DSO National Laboratories, iaitu badan kajian dan pengembangan (R&D) pertahanan terbesar Singapura, membuka rasmi kompleks barunya di Science Park Drive hari ini (21 Apr). 

Anggaran Waktu Membaca:
DSO National Laboratories buka rasmi kompleks baru di Science Park Drive

Makmal Nasional DSO, iaitu Pertubuhan R&D pertahanan terbesar Singapura. (Gambar: Nur Afifah)

Diterbitkan : 21 Apr 2017 09:33PM Dikemas Kini : 21 Apr 2017 09:34PM

SINGAPURA: DSO National Laboratories, iaitu badan kajian dan pengembangan (R&D) pertahanan terbesar Singapura, membuka rasmi kompleks barunya di Science Park Drive hari ini (21 Apr).

Bangunan kembar setinggi lapan tingkat itu menempatkan sekitar 1,900 jurutera dan saintis kajian.

Ia juga dilengkapi dengan kemudahan untuk meningkatkan kajian dalam bidang-bidang robotik dan kecerdasan buatan.

Pasukan dron dan kenderaan tanpa pemandu mungkin akan dikerahkan bagi penggunaan tentera di masa depan.

Teknologi sebegini sedang dihasilkan di DSO Robotics Laboratory.

Yang pertama seumpamanya di sini, para jurutera boleh membangunkan dan menguji sistem robotik di sini.

Satu lagi kemudahan utama adalah ruang yang dipanggil Playground.

Di sini, para pengkaji dari pelbagai disiplin berkumpul dan meneroka idea serta membina prototaip dengan cepat.

The Playground juga adalah hab kecerdasan buatan atau 'Artificial Intelligence' di mana para pengkaji boleh bereksperimen bagaimana ia boleh digunakan dalam bidang pekerjaan mereka.

Beberapa hasil inovasi sejauh ini termasuk menggunakan data bagi keselamatan maritim dan menganalisa media sosial untuk menentukan dan memperolehi risikan bagi menyokong usaha-usaha anti-pengganasan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan