Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dron, data analitik digunakan MPA bagi dakap perubahan digital

Teknologi-teknologi seperti dron dan data analitik diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha industri maritim Singapura untuk mendakapi perubahan digital.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Nov 2017 08:31PM Dikemas Kini : 17 Nov 2017 09:59PM

SINGAPURA: Teknologi-teknologi seperti dron dan data analitik diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha industri maritim Singapura untuk mendakapi perubahan digital.

Demikian diumumkan Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) dalam satu forum hari ini.

Menurut MPA, ia sedang menyediakan kriteria bagi membolehkan penggunaan alat-alat kawalan jauh seperti dron untuk mengendalikan pemeriksaan ke atas kapal-kapal.

Kriteria tersebut dijadual siap menjelang suku pertama tahun depan.

Dalam acara yang sama, sebuah perjanjian dimeterai antara MPA dan Global Compact Network Singapore untuk menyediakan latihan mengenai laporan kemampanan kepada syarikat-syarikat maritim perbadanan Singapura yang disenaraikan dalam bursa saham tempatan. 

Sumber : CNA/FZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan