Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Yaacob: Kukuhkan konsep pembelajaran sepanjang hayat dengan perkasakan ibu bapa

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim menyuarakan harapan demikian, di acara santai "Brunch with MENDAKI".

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Oct 2016 08:53PM Dikemas Kini : 23 Oct 2016 10:59PM

SINGAPURA: Memperkenalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat pada usia muda dengan memperkasa ibu bapa dengan kemahiran penting, agar yakin untuk membimbing anak-anak mereka seawal usia prasekolah.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim menyuarakan harapan demikian, di acara santai "Brunch with MENDAKI".

Rahsia belajar melalui bermain, hari ini (23 Okt) didedahkan para pakar pembelajaran dan pembangunan awal kanak-kanak kepada 600 ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia sehingga enam tahun.

"Saya belajar bagaimana memberi fokus kepada diri saya sendiri, daripada sekadar menyalahkan anak saya kalau dia buat salah," kata seorang peserta acara itu Reynilda Hendrayatie.

Dengan mencuba beberapa kegiatan mudah yang disediakan, menggunakan barangan yang mudah terdapat di rumah, ibu bapa seperti Cik Reynilda diberi kemahiran penting, agar berasa yakin untuk memainkan peranan dalam pembelajaran anak usia prasekolah.

Melalui cara tidak formal seperti itu, diharap permulaan awal diterapkan kepada anak-anak agar pembelajaran sepanjang menjadi naluri semula jadi.

"Keinginan ini boleh diwujudkan semasa mereka kecil, di mana kita memulakan perjalanan mereka untuk mereka mengalami apa yang berlaku di sekeliling mereka, dan sekaligus mendapatkan pelajaran yang kita rasa penting.

"Semasa di rumah, semasa mereka berjalan, semasa mereka ke Taman Haiwan dan sebagainya untuk merenung kembali apakah mereka boleh gunakan, apakah yang mereka boleh jalankan dengan anak-anak mereka untuk menentukan bahawa anak-anak mereka terus mendapatkan ilmu, mendapatkan pelajaran secara tidak langsung. Dan harapan kita, ini akan mewujudkan keinginan mereka untuk belajar sepanjang hayat," kata Dr Yaacob.

Para hadirin diharap membawa pulang tip-tip yang boleh dimanfaatkan, hasil penekanan tentang pentingnya belajar melalui cara bermain.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan