Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Yaacob: Golongan perintis bertekad kuat ganding bahu dengan kaum lain

Dr Yaacob Ibrahim menyentuh tekad kuat golongan perintis untuk bekerja keras dengan kaum-kaum lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Jul 2015 07:04PM Dikemas Kini : 31 Jul 2015 09:52PM

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim menyentuh tekad kuat golongan perintis untuk berganding bahu dan bekerja keras dengan kaum-kaum lain, demi membangunkan Singapura.

Menurutnya, keputusan yang berani itu melahirkan semangat baru bagi masyarakat Melayu/Islam dan memperkukuhkan jati diri kita sebagai anak watan Singapura. Mereka juga kini jauh lebih yakin dengan masa depan negara ini.

Dr Yaacob berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam Bahasa Melayu di majlis Perjumpaan Hari Raya di hotel Ritz-Carlton, Millenia Singapore, malam ini.

"Dengan kedudukan kita yang lebih baik hari ini, 50 tahun mendatang bakal membawa peluang-peluang baru.

"Saya yakin bahawa kita akan tetap teguh, tetap kukuh untuk mengorak langkah seterusnya mempertingkatkan pencapaian dan kesejahteraan masyarakat Melayu/Islam kita di samping menyumbang kepada kemakmuran Singapura. Seperti golongan perintis, kuncinya ialah muafakat.

"Jadi ayuh kita terus yakin, bersatu hati dan bekerjasama agar kita boleh menyediakan masa depan yang lebih cerah untuk semua," ujar Dr Yaacob.

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan