Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Yaacob gesa siswazah Melayu teroka bidang baru, rebut peluang pertingkat pengalaman

Teroka seberapa banyak bidang dan peluang pekerjaan agar tahu tentang kemahiran serta pengalaman pekerjaan yang diperlukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Aug 2017 06:37PM Dikemas Kini : 20 Aug 2017 09:02PM

SINGAPURA: Teroka seberapa banyak bidang dan peluang pekerjaan agar tahu tentang kemahiran serta pengalaman pekerjaan yang diperlukan.

Itulah nasihat Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, kepada generasi muda atau 'millenial', semasa ditemui di luar acara minum teh anjuran Yayasan Mendaki.

Beliau juga menggesa para graduan baru supaya merebut peluang pekerjaan yang ada meskipun ia bukan dalam bidang yang diminati.

"Sebagai contoh mereka mungkin tidak banyak dididik dalam bidang IT ataupun data dan sebagainya dan itu mungkin satu kemahiran yang diperlukan mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Mungkin mereka boleh menggunakan peluang-peluang SkillsFuture yang ada untuk mendapatkan kemahiran yang diperlukan," kata Dr Yaacob.

Acara tahunan ini dihadiri sekitar 250 graduan universiti dan politeknik tempatan.

Sesi tadi menyorot beberapa cabaran yang dihadapi generasi 'millenial', peluang yang tersedia serta kemahiran yang diperlukan untuk berjaya.

Turut diadakan - sesi perkongsian dan membina rangkaian bersama 30 pemimpin industri dari pelbagai bidang. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NS/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan