Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Vivian nafikan berita palsu beliau rebah di PBB

Menteri Luar Vivian Balakrishnan menolak laporan online yang menyatakan beliau "rebah" di sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Vivian nafikan berita palsu beliau rebah di PBB

Setiausaha Agung Mahkamah Tetap Timbang Tara, Hugo Hans Siblesz berjabat tangan dengan Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan di New York. (Gambar: Vivian Balakrishnan/ Facebook)

Diterbitkan : 23 Sep 2017 06:36PM Dikemas Kini : 23 Sep 2017 06:43PM

SINGAPURA: Menteri Luar Vivian Balakrishnan menolak laporan online yang menyatakan beliau "rebah" di sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sambil menyifatkannya sebagai berita palsu, Dr Balakrishnan menjelaskan keadaan tersebut dalam catatannya di laman Facebook pada Sabtu (23 Sep).

Beliau menulis: "Saya dalam keadaan baik di New York dan tidak sabar untuk menyampaikan ucapan saya di PBB lewat hari ini. Terima kasih semua atas keprihatinan anda."

Laporan oleh GloNews360.com itu, yang disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp, mendakwa bahawa Dr Balakrishnan meminta diri untuk keluar di tengah-tengah penyampaiannya dan rebah di laluan jalan di luar. Ia juga menyatakan beliau berada dalam "keadaan tenat" di hospital.

Was alerted to a piece of fake news circulating around the internet about me collapsing at the UN. I am fine in New York...

Posted by Vivian Balakrishnan on  Saturday, 23 September 2017

Ini bukan kali pertama di mana laman itu melaporkan berita palsu. Pada bulan Jun, ia mendakwa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membatalkan Program Pengecualian Visa bagi pemegang pasport Singapura. Ia kemudian dinafikan oleh Kedutaan Amerika di Singapura.

Dr Balakrishnan kini berada di New York bagi sesi ke-72 Sidang Agung PBB.

Beliau juga bertemu dengan mantan Setiausaha Negara Henry Kissinger dan Setiausaha Agung Mahkamah Tetap Timbang Tara Hugo Hans Siblesz.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan