Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Vivian: Kerjasama Pemerintah-NUS pastikan khidmat awam guna teknologi lebih baik

Bagi memastikan perkhidmatan awam dapat menggunakan teknologi dengan lebih baik, pemerintah akan bekerjasama dengan Universiti Nasional Singapura (NUS) untuk melatih 10,000 pegawai awam dalam bidang sains data. 

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Vivian: Kerjasama Pemerintah-NUS pastikan khidmat awam guna teknologi lebih baik

Gambar fail Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan. (Gambar: Goh Chiew Tong)

Diterbitkan : 29 Mar 2017 08:42PM Dikemas Kini : 29 Mar 2017 08:45PM

SINGAPURA: Bagi memastikan perkhidmatan awam dapat menggunakan teknologi dengan lebih baik, pemerintah akan bekerjasama dengan Universiti Nasional Singapura (NUS) untuk melatih 10,000 pegawai awam dalam bidang sains data.

Demikian diumumkan Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak, Dr Vivian Balakrishan hari ini (29 Mac).

Bagi mempercepatkan usaha ke arah Negara Bijak, pemerintah sudahpun menandatangani Memorandum Pernyataan dengan NUS untuk menyediakan latihan sains data kepada 2,000 pegawai awam setiap tahun selama tempoh lima tahun.

Dr Vivian berkata: "Ia bukan mengenai teknologi semata-mata tetapi untuk memastikan kita tidak ketinggalan dan menggunakan sains data, contohnya, supaya kita boleh memperbaiki cara kita mengukur prestasi, cara kita menyediakan khidmat baru, cara kita menyampaikan dan meningkatkan khidmat pemerintah."

Dr Balakrishnan berkata demikian di majlis perasmian pameran perdagangan Asia "Internet of Things" - satu wadah serantau bagi membincangkan peluang dan cabaran yang disampaikan oleh "Internet of Things" yang merujuk kepada konsep menyambung alat-alat peranti ke internet.

Selaras dengan revolusi digital, Dr Balakrishnan berkata pemerintah mesti memilih antara mengasingkan diri mereka atau melengkapi rakyatnya dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya.

Tambah Dr Balakrishnan, terdapat keperluan untuk membiasakan penggunaan teknologi-teknologi baru bagi membentuk "kelas pertengahan baru" dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjana pekerjaan dan gaji yang baik.

Itulah yang menjadi tunggak inisiatif Negara Bijak. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan