Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Teo: S'pura secara konsisten patuhi 'dasar Satu China'

Singapura secara konsisten mematuhi "dasar Satu China" Beijing dan menjadi rakan dan penyokong pembangunan keamanan China.

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Teo: S'pura secara konsisten patuhi 'dasar Satu China'

Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean. (Gambar fail: Justin Ong)

Diterbitkan : 26 Feb 2017 10:36PM Dikemas Kini : 26 Feb 2017 10:37PM

SINGAPURA: Singapura secara konsisten mematuhi "dasar Satu China" Beijing dan menjadi rakan dan penyokong pembangunan keamanan China, kata Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean dalam satu wawancara bertulis yang diterbitkan hari ini (26 Feb).

Singapura memudahkan perbincangan bermakna Wang-Koo pada tahun 1993 dan pertemuan bersejarah antara Presiden China Xi Jinping dan presiden Taiwan pada masa itu Ma Ying-jeou di Singapura pada tahun 2015, tambah Encik Teo.

Beliau juga menambah setiap projek antara Pemerintah Singapura dan China juga menyokong keutamaan pembangunan China di peringkat-peringkat penting.

Encik Teo sedang melakukan lawatan di China mulai hari ini hingga Selasa (28 Feb) atas undangan Naib Presiden China Zhang Gaoli.

Kedua-dua pemimpin juga adalah pengerusi bersama Majlis Bersama Kerjasama Dua Hala (JCBC) - forum dua hala peringkat tertinggi antara Singapura dan China, yang akan diadakan esok (27 Feb). 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan