Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Teo: Rangka kerja untuk tetapkan gaji penyandang politik masih sah

Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata rangka kerja yang digunakan untuk menetapkan gaji para penyandang jawatan politik, yang dipersetujui tiga tahun lalu, masih sah.

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Teo: Rangka kerja untuk tetapkan gaji penyandang politik masih sah

Parlimen Singapura. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 10 Mar 2015 05:08PM Dikemas Kini : 10 Mar 2015 05:10PM

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata rangka kerja yang digunakan untuk menetapkan gaji para penyandang jawatan politik, yang dipersetujui tiga tahun lalu, masih sah.

Beliau berkata demikian di perbahasan bagi peruntukan untuk Pejabat Perdana Menteri di Parlimen, hari ini.

Encik Teo berkata demikian sebagai respons kepada soalan yang diajukan di Parlimen mengenai sama ada masanya sudah tiba untuk menyemak rangka kerja gaji pemegang jawatan politik.

Encik Teo turut menegaskan bahawa menyusuli perbahasan di Parlimen pada Januari 2012, kesemua pihak sudah menyetujui tiga prinsip utama dalam menetapkan gaji penyandang jawatan politik.

Tiga prinsip itu adalah - gaji yang ditawarkan itu mestilah berdaya saing, tugas dalam bidang tersebut memerlukan pengorbanan, serta gaji yang ditawarkan merupakan gaji bersih tanpa sebarang bonus atau bayaran tersembunyi.

Encik Teo turut menarik perhatian bahawa Parti Pekerja (WP) sebelum ini menyetujui ketiga-tiga prinsip tersebut.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan