Images
  • dpm teo
    DPM Teo Chee Hean bersama para rakan Indonesia termasuk Menteri Perusahaan Airlangga Hartato. (Gambar: MCI)

DPM Teo: Pilihan Raya Presiden akan datang komitmen negara kepada kepelbagaian kaum di Singapura

JAKARTA: Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean bertemu dengan sekitar 300 rakyat Singapura semasa acara tahunan Hari Masyarakat Singapura.

Sementara itu, beliau juga berkata Pilihan Raya Presiden yang bakal diadakan bulan depan adalah komitmen negara kepada kepelbagaian kaum di Singapura.

Bercakap kepada para wartawan Singapura pada hari lawatan beliau ke Jakarta hari ini (12 Ogos), Encik Teo berkata Singapura tidak mempunyai seorang presiden daripada masyarakat Melayu selama 47 tahun sejak Allahyarham presiden Yusof Ishak.

Encik Teo menambah: "Saya menanti pilihan raya akan datang yang membenarkan kita untuk mempunyai seorang Presiden daripada masyarakat Melayu di mana semua masyarakat di Singapura boleh kagumi sebagai lambang perpaduan, dan di mana semua masyarakat Singapura dapat berbangga dengan sebagai Presiden, dan inilah yang saya harapkan.

"Ia merupakan lambang kepelbagaian kaum dan komitmen kita kepada kepelbagaian kaum di Singapura." 

- BERITAMediacorp/FZ/ru

Top