Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Teo: Perkhidmatan awam perlu sesuaikan diri dengan keadaan sejagat tidak menentu

Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata, Perkhidmatan Awam perlu meningkatkan rentak inovasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 May 2017 09:04PM Dikemas Kini : 20 May 2017 01:50AM

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata, Perkhidmatan Awam perlu meningkatkan rentak inovasi.

DPM Teo yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam menambah, Singapura sedang merombak ekonominya di tengah-tengah keadaan sejagat yang tidak menentu, dan perkhidmatan awam juga perlu menyesuaikan diri.

Menggariskan tiga cara untuk melakukannya, DPM Teo berkata dengan terus memanfaatkan perspektif rakyat, pemerintah boleh mencari cara-cara baru untuk masa depan.

Kedua, dengan bekerjasama rapat dan ketiga dengan dilengkapi keupayaan untuk meneruskan inovasi bagi masa depan.

Encik Teo berkata demikian di majlis Anugerah Perkhidmatan Awam, siang tadi (19 Mei).

Sekitar 280 anugerah disampaikan kepada kakitangan dan agensi-agensi perkhidmatan awam kerana mempamerkan perkhidmatan yang baik dan berinovasi.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan