Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Teo, pemimpin Australia sahkan lagi 'kemajuan baik' bagi Kerjasama Strategik Menyeluruh

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean pada hari ini (12 Sep) menggulungkan lawatan tiga beliau ke Canberra. 

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Teo, pemimpin Australia sahkan lagi 'kemajuan baik' bagi Kerjasama Strategik Menyeluruh

PM Australia Malcolm Turnbull dan Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean. (Gambar: MFA)

Diterbitkan : 12 Sep 2017 09:56PM Dikemas Kini : 12 Sep 2017 09:59PM

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean pada hari ini (12 Sep) menggulungkan lawatan tiga beliau ke Canberra.

Di sana, beliau bertemu dengan para pemimpin Kabinet dan Kabinet Bayangan Australia bagi meneroka cara-cara mempertingkatkan hubungan dua hala antara Singapura dengan Australia.

Semasa pertemuan DPM Teo dengan Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull dan DPM Barnaby Joyce, para pemimpin Australia "meluahkan penghargaan atas peningkatan hubungan dua hala itu" selepas memeterai Pengisytiharan Bersama berhubung Kerjasama Strategik Menyeluruh (CSP) pada Jun 2015, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA).

DPM Teo juga bertemu dengan Peguam Negara Australia George Brandis, Menteri Imigresen dan Pelindungan Sempadan Peter Dutton dan Menteri Keadilan Michael Keenan bagi membincangkan cara-cara untuk mengukuhkan kerjasama anti-pengganasan.

Beliau juga menziarahi Tugu Peringatan Perang Australia di mana beliau meletakkan jambangan bunga bagi memperingati para mangsa perang Australia, termasuk mereka yang mempertahankan Singapura semasa Perang Dunia Ke-2.

Semasa di Canberra, DPM Teo juga bertemu dengan para menteri Australia yang lain termasuk Menteri Ehwal Luar Julie Bishop, Menteri Pertahanan Marise Payne, Menteri Perdagangan, Pelancongan dan Pelaburan Steven Ciobo, Pemangku Menteri bagi Ehwal Luar Penny Wong, Pemangku Menteri Pertahanan Richard Marles dan Pemangku Menteri Perdagangan dan Pelaburan merangkap Sumber dan utara Australia Jason Clare.

DPM Teo diiringi Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Sim Ann dan Anggota Parlimen Saktiandi Supaat. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan