Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dolar S'pura catat paras tertinggi berbanding dolar AS dalam masa 4 bulan

Dolar Singapura mengukuh berbanding dolar Amerika pada Isnin (20 Mac), dengan kadar pertukaran AS$1 = S$1.40 buat pertama kali dalam masa lebih empat bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Dolar S'pura catat paras tertinggi berbanding dolar AS dalam masa 4 bulan

Gambar fail Reuters.

Diterbitkan : 21 Mar 2017 10:37AM Dikemas Kini : 21 Mar 2017 10:38AM

SINGAPURA: Dolar Singapura mengukuh berbanding dolar Amerika pada Isnin (20 Mac), dengan kadar pertukaran AS$1 = S$1.40 buat pertama kali dalam masa lebih empat bulan.

Ini selepas dolar Amerika mengalami kemerosotan menyusuli kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Rizab Persekutuan Chicago Charles Evans.

Apabila pasaran-pasaran ditutup pada Isnin, dolar Singapura berada di paras AS$1 = S$1.3967, menurut data Bloomberg. Bagaimanapun, setakat sehingga pagi Selasa, dolar Singapura meningkat lagi 0.01 peratus lebih kukuh berbanding dolar Amerika untuk mencecah paras S$1.3963, pada 8.40 pagi.

Kali terakhir dolar Singapura berada di bawah paras S$1.40 berbanding dolar Amerika adalah pada 9 November tahun lalu.

Dolar Amerika dijangka terjejas dalam sesi dagang di bursa-bursa Asia pada awal pagi Selasa, setelah Presiden Rizab Persekutuan Chicago Charles Evans menguatkan lagi persepsi bahawa bank pusat Amerika Syarikat tidak akan mempercepatkan rentak kenaikan kadar faedahnya.

Sumber : Today/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan