Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Doktor gigi Tampines didenda S$15,000, digantung atas salah laku

Seorang doktor gigi didenda S$15,000 dan digantung selama tiga bulan atas tuduhan salah laku.

Anggaran Waktu Membaca:
Doktor gigi Tampines didenda S$15,000, digantung atas salah laku

(Gambar: Philippe Huguen/AFP)

Diterbitkan : 19 Oct 2017 04:24PM Dikemas Kini : 19 Oct 2017 04:25PM

SINGAPURA: Seorang doktor gigi didenda S$15,000 dan digantung selama tiga bulan atas tuduhan salah laku.

Demikian menurut kenyataan Majlis Pergigian Singapura hari ini (19 Okt).

Dr Chua Chew Kiat Simon Jude seorang doktor gigi di klinik Advanced Dental Surgery yang terletak di Tampines mengaku bersalah atas tuduhan mengesyorkan dan menjalankan pelan rawatan ortodontik sedangkan dia tiada pengetahuan ataupun kemahiran untuk melakukannya.

Majlis pergigian menyatakan Dr Chua "sepatutnya tahu" bahawa dia tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menyarankan dan menjalankan rawatan tersebut. Dia sepatutnya merujuk pesakit kepada "doktor gigi lain yang mempunyai kemahiran tersebut."

Penggantungan selama tiga bulan itu bemula Sabtu ini (21 Okt).

Menurut kenyataan majlis itu lagi, Dr Chua tidak dibenarkan menawarkan sebarang khidmat ortodontik selama 24 bulan bermula Jumaat lalu (13 Okt). Dia juga akan menanggung kos dan perbelanjaan bagi prosiding-prosiding dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.  

Sumber : CNA/SM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan