Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dilancar bulan depan: Sistem pengurusan baru pertingkat keselamatan lif

Ia berdasarkan pada sistem pusat yang menawarkan akses kepada maklumat penggunaan lif dalam masa sebenar.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Apr 2017 08:24PM Dikemas Kini : 30 Apr 2017 09:34PM

SINGAPURA: Satu sistem pengurusan baru untuk meningkatkan keselamatan lif di estet perumahan di kawasan-kawasan majlis bandaran PAP dijangka dilancarkan pada bulan depan.

Ia berdasarkan pada sistem pusat yang menawarkan akses kepada maklumat penggunaan lif dalam masa sebenar agar pihak berkuasa dapat bertindak menangani sebarang masalah dengan lebih cepat.

PAP menubuhkan sebuah pasukan bertindak untuk menyemak aspek penyenggaraan lif di estet-estet perumahan awam yang diuruskan majlis-majlis bandarannya.

Ini berikutan beberapa insiden melibatkan lif-lif yang rosak.

Antara saranannya adalah mengadakan satu sistem pusat untuk memantau prestasi lif di semua 15 majlis bandaran PAP.

Sistem itu dijangka dilancarkan bulan depan.

Pengerusi Penyelaras Majlis-majlis Bandaran PAP Teo Ho Pin berkata sistem baru itu berupaya memantau setiap lif, tempat, prestasi dan pasukan yang melakukan kerja-kerja penyenggaraannya.

Ini, tambah beliau, akan membolehkan pasukan penyelamat membantu para pengguna lif yang terperangkap di dalamnya dengan lebih cepat.

Salah sebuah majlis bandaran yang mengalu-alukan sistem pemantauan baru itu adalah Majlis Bandaran Jurong-Clementi.

Sistem tersebut membolehkannya memantau pelbagai isu penyenggaraan lif dengan lebih mudah dan pantas.

Ia telah juga melantik sebuah pasukan pakar yang terdiri daripada jurutera dan teknisyen lif sejak bulan Februari lalu.

Pasukan tersebut ditugaskan memantau kontraktor-kontraktor lif dan menguji prestasi lif.

Ia memeriksa sehingga enam lif setiap hari.

Sebanyak 23,000 lif di 15 majlis bandaran PAP akan menjalani peningkatan sepanjang 10 tahun akan datang.

Adalah diharapkan inisiatif-inisiatif yang baru dilaksanakan itu akan meningkatkan prestasi dan keutuhan lif-lif. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan