Images
  • prabagaran
    Prabagaran Srivijayan dihukum mati pada tahun 2014. (Gambar: Facebook / Think Centre)

Dihukum mati subuh ini setelah usaha rayuan saat-saat akhir temui kegagalan

SINGAPURA: Mahkamah Tinggi Singapura pada hari ini (13 Jul) menolak usul untuk menghentikan hukuman mati seorang penyeludup dadah warga Malaysia, Prabagaran Srivijayan. 

Prabagaran yang berusia 29 tahun akan digantung sehingga mati pada subuh hari ini (14 Jul).

Pada 2014 dia dijatuhi hukuman mati kerana mengimport dadah diamorphine sebanyak 22.24g ke Singapura.

Peguam Prabagaran memfailkan gerakan itu kelmarin dengan usaha untuk melengahkan hukuman itu berdasarkan Prabagaran mempunyai rayuan yang belum ditentukan Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur.

Mahkamah Rayuan Singapura hari ini difahamkan bahawa para peguam Prabagaran di Malaysia berusaha untuk mendapatkan perintah mahkamah yang mengarahkan kerajaan Malaysia memulakan perbicaraan terhadap Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas keprihatinan mengenai perbicaraan Prabagaran.

Dalam menolak gerakan itu, Hakim Chao Hick Tin, Andrew Phang dan Tay Yong Kwang menyifatkan usaha menghentikan hukuman Prabagaran kerana perbicaraan di negara lain adalah "satu penyalagunaan proses".

Prabagaran tidak berjaya mengubah hukumannya pada tahun 2016 apabila satu lagi gerakan para peguamnya yang mencabar perlembagaan bahagian-bahagian Akta Penyalahgunaan Dadah berkaitan hukuman mati ditolak.

Akta Penyalahgunaan Dadah menetapkan hukuman mati jika jumlah dadah diamorphine diseludup melebihi 15g.

- CNA/ru

Top