Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dicekup: Lelaki yang lakukan satu siri pencurian pakaian dalam di Bedok

Seorang lelaki berusia 26 tahun ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam kes-kes mencuri pakaian dalam di estet perumahan Bedok Reservoir

Anggaran Waktu Membaca:
Dicekup: Lelaki yang lakukan satu siri pencurian pakaian dalam di Bedok

(Gambar fail: JOHANNES EISELE / AFP)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 26 tahun ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam kes-kes mencuri pakaian dalam di estet perumahan Bedok Reservoir.

Pihak polis menyatakan ia dimaklumkan tentang kes kecurian pakaian dalam di Blok 135 Bedok Reservoir Road pada 9 Oktober 2017.

Menerusi siasatan yang meluas dan dengan bantuan rakaman Kamera Polis (POLCAM), para pegawai dari Divisyen Polis Bedok dapat mengenal pasti suspek.

Suspek kemudiannya ditahan pada 12 Oktober di Bedok Reservoir Road.

Siasatan-siasatan awal mendedahkan bahawa lelaki itu disyaki terlibat dalam kes-kes kecurian pakaian dalam berasingan di estet Bedok Reservoir.

Siasatan terhadap lelaki tersebut sedang dijalankan.

Di bawah Kanun Keseksaan, sesiapa yang didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.  

Sumber : BERITA Mediacorp/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan