Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dek, halaman baru dibuka di East Coast Park

Sebuah halaman rumput dan dek pencerapan di East Coast Park kini menawarkan lebih banyak ruang untuk para penduduk East Coast melakukan kegiatan riadah.

Anggaran Waktu Membaca:
Dek, halaman baru dibuka di East Coast Park

Terletak di penghujung Terusan Siglap, kemudahan baru itu boleh menampung 1,250 orang. (Gambar: PUB)

Diterbitkan : 20 Mar 2017 09:43AM Dikemas Kini : 20 Mar 2017 10:04AM

SINGAPURA: Sebuah halaman rumput dan dek pencerapan di East Coast Park kini menawarkan lebih banyak ruang untuk para penduduk East Coast melakukan kegiatan riadah.

Terletak di penghujung Terusan Siglap, kemudahan baru itu boleh menampung 1,250 orang. Peningkatan itu dijalankan di bawah Program Air Aktif, Bersih, Cantik (ABC Waters) oleh Lembaga Perbekalan Awam (PUB), selaras dengan kerja-kerja naik taraf bagi sebahagian Terusan Siglap sejauh 230 meter ke arah laut.

Meningkatkan pengalaman pengguna turut diambil kira semasa menjalankan kerja-kerja naik taraf itu, dengan laluan basikal dan pejalan kaki dijajarkan semula bagi menghubungkannya dengan East Coast Park, menurut kenyataan media itu lagi pada Sabtu (18 Mac).

(Gambar: TODAY)

Ia juga merupakan projek terbaru Program ABC bagi sebahagian Terusan Siglap yang sejauh 3.3 kilometer itu - dengan bahagian yang dinaik taraf sejauh 230m dari East Coast Parkway hingga ke arah laut - dan diusahakan setelah dua projek sebelum ini untuk menaik taraf bahagian yang lebih jauh dari laut.

Pada 2015, bahagian Terusan Siglap yang lebih jauh dari laut, namun berhampiran dengan Kelab Masyarakat Kampong Kembangan turut dinaik taraf dengan plaza aktiviti bagi pelbagai kegiatan masyarakat.

Selain membina laluan berbumbung untuk keselesaan para penduduk yang tinggal berdekatan, kerja-kerja naik taraf turut dijalankan di Sekolah Rendah Telok Kurau bagi menyediakan pengalaman belajar luar bilik darjah untuk murid-muridnya.

Dek dan halaman rumput itu dibuka secara rasmi pada petang Sabtu oleh Anggota Parlimen GRC Marine Parade Encik Edwin Tong.

Sumber : Today/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan