DBS pindahkan 50% data ke simpanan 'cloud' menjelang tahun depan
DBS memindahkan 50 peratus data utamanya ke penyimpanan data berasaskan 'cloud' menjelang akhir 2018.
SINGAPURA: DBS memindahkan 50 peratus data utamanya ke penyimpanan data berasaskan 'cloud' menjelang akhir 2018.
Menurut DBS, ia adalah bank pertama di Singapura yang beralih ke 'cloud'.
DBS mengumumkan perkongsiannya dengan penyedia pusat data Equinix hari ini (13 Nov).
Pusat data utama DBS akan dipindahkan ke premis yang hanya satu perempat saiz pusat sedia ada - menjadikannya 75 peratus lebih murah untuk diurus.
Ia juga akan meraih kecekapan tenaga sebanyak 10 kali ganda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.