Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Data global syarikat oBike diceroboh termasuk di S'pura dan M'sia

Syarikat kongsi basikal Singapura, oBike, mengalami pencerobohan besar-besaran yang berlarutan selama sekurang-kurangnya dua minggu, mengakibatkan data para penggunanya dibocorkan di platform online.

Anggaran Waktu Membaca:
Data global syarikat oBike diceroboh termasuk di S'pura dan M'sia

Gambar fail basikal oBike di kawasan perumahan HDB. (Gambar: Elizabeth Khor)

Diterbitkan : 07 Dec 2017 05:29PM Dikemas Kini : 07 Dec 2017 05:33PM

SINGAPURA: Syarikat kongsi basikal Singapura, oBike, mengalami pencerobohan besar-besaran yang berlarutan selama sekurang-kurangnya dua minggu, mengakibatkan data para penggunanya dibocorkan di platform online.

Menurut laporan agensi berita BR24 di Jerman, maklumat para pengguna yang boleh diakses di platform online termasuk nama, nombor telefon, email, gambar profil dan laluan yang mereka ambil ketika menyewa basikal. Laporan itu menambah, data seperti itu tidak terlindung.

Ia menyatakan bahawa data-data itu tidak sahaja menjejas para pengguna di Jerman, tetapi juga para pengguna dari negara lain seperti Singapura, Malaysia, Switzerland dan Britain.

Seorang jurucakap oBike mengesahkan insiden ini dan berkata bahawa syarikat itu "sedar akan isu ini dan sudah cepat bertindak untuk menyelesaikan masalah ini secepatnya". Namun, beliau tidak mendedahkan bila gangguan itu berlaku dan bila syarikat tersebut menyelesaikan masalah tersebut.

Syarikat itu menyatakan bahawa isu yang "berpunca dari jurang dalam 'antara muka atur cara aplikasi' (API) yang membolehkan para pengguna untuk mengajak seorang teman untuk menggunakan platform kami".

"Kami sudah menghuraikan masalah ini dengan mematikan sistem API dan melaksanakan beberapa langkah keselamatan tambahan," kata jurucakap itu.

"Ini hanya menjejas segelintir pengguna kami. Maklumat peribadi yang dibocorkan hanya nama, email dan nombor telefon para pengguna. Aplikasi ini tidak menyimpan butir-butir kad kredit atau kata laluan mereka," tambah beliau. Jumlah pengguna yang terjejas tidak didedahkan.

Syarikat itu juga menyatakan bahawa mereka sedang dalam pertimbangan untuk melancarkan fungsi perkongsian dan keselamatan pada aplikasi mereka, bagi memastikan tiada maklumat lanjut para pengguna yang akan didedahkan.

Syarikat kongsi basikal Singapura itu secara rasmi melancarkan perkhidmatannya di Singapura pada bulan April, tetapi ia kini sudah berkembang dan memasuki pasaran Malaysia, Australia, UK, Netherlands, Switzerland, Taiwan, Korea Selatan, Jerman, Austria, Thailand dan Belgium.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan