Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Darul Arqam perluas program bantuan kepada 160 keluarga; jumlah penerima tertinggi sejauh ini

Program "Meals On Wheels" anjuran Darul Arqam tahun ini meluaskan jangkauannya untuk membantu bukan sahaja lebih ramai masyarakat Melayu/Islam yang kurang bernasib baik, tetapi juga kaum Cina yang memerlukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 May 2017 07:33PM Dikemas Kini : 28 May 2017 04:13PM

SINGAPURA: Program "Meals On Wheels" anjuran Darul Arqam tahun ini meluaskan jangkauannya untuk membantu bukan sahaja lebih ramai masyarakat Melayu/Islam yang kurang bernasib baik, tetapi juga kaum Cina yang memerlukan.

Buat pertama kalinya, ia bekerjasama dengan badan bantu diri masyarakat Cina, CDAC untuk membantu 50 keluarga Cina.

Malah, dengan jumlah penerima yang tertinggi seramai 160 keluarga, pakej bantuan yang diagihkan bernilai lebih $39,000, juga yang tertinggi sejak inisiatif itu dilaksanakan, lapan tahun lalu.

Sejak pagi lagi, 150 sukarelawan sudah menyingsing lengan membantu menyiapkan bungkusan ini untuk dihantar kepada keluarga-keluarga kurang berkemampuan.

Bernilai $245, setiap bungkusan berisi wang tunai juga bantuan barangan dapur asas bagi menyambut Ramadan.

Jumlah itu yang tertinggi pernah diberikan kepada para penerima.

Turut hadir untuk melihat usaha gotong-royong ini dijalankan ialah Anggota Parlimen SMC MacPherson Tin Pei Ling.

Buat pertama kalinya juga, Darul Arqam bekerjasama dengan CDAC untuk membantu 50 keluarga Cina kurang kemampuan.

Secara keseluruhannya, 160 keluarga menerima habuan tahun ini, jumlah tertinggi sejak usaha ini dimulakan, lapan tahun lalu.

"Senarai ini adalah peningkatan dari segi jumlah penerima tahun ini adalah kerana kita bekerjasama dengan CDAC, dan pada tahun ini, dengan adanya ini, kita menjangkau keluar daripada lingkaran keluarga yang beragama Islam, supaya mereka yang bukan Islam dapat juga menerima bantuan daripada Darul Arqam Singapura," menurut Pengurus Besar Darul Arqam, Zainal Abidin Nordin.

"Saya bersyukur kepada Allah yang mana sudi terima saya, terutama dari Darul Arqam, sudi terima saya, dapat bantuan. Saya tengok pun, besar hati pada diri saya," salah seorang penerima, Latipah Latip, memberitahu BERITAMediacorp.

Malah menurut pihak penganjur, ia menerima lebih banyak tajaan berbanding tahun lalu.

Sebanyak tujuh syarikat, kebanyakannya Melayu/Islam menghulurkan bantuan bagi kerja murni ini.

Dan hasil sumbangan mereka berjaya menampung separuh daripada keseluruhan kos bantuan bernilai lebih $39,000.

Pada masa akan datang, Darul Arqam juga merancang untuk meluaskan lagi kerjasama  dengan badan-badan kemasyarakatan lain.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan