Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CNB tangkap 92 pesalah dadah dalam operasi 11 hari

Seramai 92 orang disyaki pesalah dadah ditahan Biro Narkotik Pusat (CNB) menerusi satu operasi 11 hari di serata pulau ini.

Anggaran Waktu Membaca:
CNB tangkap 92 pesalah dadah dalam operasi 11 hari

Gambar fail seseorang digari. (Gambar/TODAY)

Diterbitkan : 26 May 2017 08:33PM Dikemas Kini : 26 May 2017 08:49PM

SINGAPURA: Seramai 92 orang disyaki pesalah dadah ditahan Biro Narkotik Pusat (CNB) menerusi satu operasi 11 hari di serata pulau ini.

Salah seorang tahanan, merupakan seorang warga lelaki Singapura yang berusia 25 tahun, disyaki pengedar dadah. CNB dalam kenyataannya menyatakan lelaki tersebut ditahan pada hari Selasa (16 Mei) di rumahnya di Tampines Street 33.

Para pegawai menemui kira-kira 32 gram 'Ice', pelbagai alat hisap dadah dan juga alat alat timbangan digital di apartmennya.

Sementara itu, beberapa serbuan yang lain dijalankan antara 15 Mei dan 26 Mei di pelbagai lokasi termasuk Bedok, Bishan, Bukit Panjang, Hougang, Jurong, Punggol, Sengkang, Serangoon, Tampines, Woodlands dan Yishun.

Sejumlah dadah pelbagai jenis dirampas termasuk 226 gram ganja sintetik, 118 gram Ice, 48 gram heroin, 309 pil Yaba, sembilan pil Ecstasy, sejumlah kecil ganja, Ketamine, pil Erimin-5 dan empat botol methadone yang bernilai lebih daripada $18,000.

Siasatan terhadap suspek-suspek sedang dijalankan.

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan