Images
  • nhb

Chang Hwee Nee dilantik CEO Lembaga Warisan Negara

SINGAPURA: Cik Chang Hwee Nee akan dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Lembaga Warisan Negara (NHB) berkuatkuasa 1 Mei.

Demikian menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dalam satu kenyataan media hari ini (20 Mac).

Cik Chang, 54 tahun, akan mengambil alih jawatan Rosa Huey Daniel, yang dilantik sebagai CEO Majlis Seni Kebangsaan namun terus menyelia projek-projek utama di NHB sementara menunggu pelantikan ketua eksekutif yang baru.

Cik Chang sekarang ini Timbalan Setiausaha (Perancangan) Kementerian Pembangunan Negara (MND) di mana beliau menyelia dasar-dasar berhubung penggunaan tanah, tumbuhan-tumbuhan hijau, biodiversiti, binaan, persekitaran binaan dan keselamatan makanan.

Beliau berkhidmat sebagai anggota Lembaga NHB dari 2009 hingga 2015 dan mempunyai minat mendalam dalam warisan Singapura, menurut MCCY dalam kenyataan medianya.

"Pengalaman kepimpinan Cik Chang akan memainkan peranan penting dalam menerajui NHB sedang ia berusaha dengan Kementerian untuk melakar pelan warisan jangka panjang untuk Singapura, memperkukuhkan ekosistem muzium dan warisan, meningkatkan jangkauan terhadap sekolah-sekolah dan melibatkan masyarakat yang lebih luas," menurut MCCY.

"Keupayaannya bekerja dengan pelbagai pihak berkepentingan akan mempertingkatkan pendampingan dengan para penyokong warisan daripada rakyat dan sektor-sektor privet dan awam, tentang warisan bersama dan identiti negara Singapura."

- CNA/nd

Top