Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CGH hospital pertama adakan khidmat hubungi pesakit osteoporosis di rumah

Para pesakit di Hospital Besar Changi (CGH) yang mengalami patah tulang belakang atau pinggul akan dihubungi para jururawat menerusi telefon secara berjadual setelah mereka pulang ke rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Aug 2017 09:47PM Dikemas Kini : 11 Aug 2017 11:00PM

SINGAPURA: Para pesakit di Hospital Besar Changi (CGH) yang mengalami patah tulang belakang atau pinggul akan dihubungi para jururawat menerusi telefon secara berjadual setelah mereka pulang ke rumah.

Ini setelah CGH memperkenalkan Khidmat Perhubungan Osteoporosis (OLS) bagi mendiagnos dan merawat osteoporosis atau reput tulang pada Januari tahun ini.

CGH merupakan hospital pertama menyediakan khidmat sedemikian.

OLS dikendalikan oleh 14 jururawat kanan dengan lebih 10 tahun pengalaman.

Mereka ditugaskan untuk membuat sehingga 5 panggilan telefon berjadual dalam setahun untuk memantau keadaan kesihatan pesakit selepas beliau dibenarkan pulang.

Jururawat berkenaan juga akan mendidik para pesakit dan penjaga mereka tentang proses pemulihan pesakit dan memastikan pesakit mengambil ubat seperti yang ditetapkan.

Khidmat itu disediakan sepanjang hayat, sehingga pesakit memilih untuk menghentikannya.

Jumlah orang yang mengalami osteoporosis dijangka meningkat kerana para penduduk semakin meningkat tua di Singapura.

CGH menyatakan, ia memulakan khidmat ini untuk membantu para pesakit menguruskan keadaan mereka dengan cara yang betul. 

Sumber : CNA/EM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan